Monday, April 4

Resepi Bila Dah Takde Bahan

Last Saturday entah angin kus-kus mana yang menyinggah sampai En Abah pun naik heran, saya cakap kat dia hari ni (Sabtu) saya nak masak.


Hah amik ko. Punyalah dah lama bercuti dari menjenguk dapur kan.


Konon nak masak simple-simple aje lah. Masak lemak atau asam rebus jadi lah kan. Kesian kat laki mak tak lunch lagi masa tu walaupun masih kekenyangan makan nasi lemak masa breakfast.


Punggah punya punggah, takde benda la pulak dalam freezer. Nak ajak En Abah ke kedai, awal-awal lagi dia dah sound dia tak koser nak keluar rumah hari tu. Nak lepak depan TV je kekdahnya.


Aiseh. Takkan nak makan nasi dengan telur je kot. Sungguh bosan.


Lepas tu baru la idea mari. Jom kita try buat sambal gesek. Try ok. First time buat. Sempat le tanya En Google.


Gila sempoi ah nak buat sambal gesek ni kan.


Takat ikan bilis, cili api dengan bawang merah. Tumbuk-tumbuk maka siap. Makan pulak dengan nasi panas dengan telur mata. Pergh. Terbaek wok!


Pic from here


Kalau ikut resepi katanya guna ikan bilis mentah je. Ai takut ai takleh telan maka ai goreng sekejap la ikan bilis tu sebelum menggesek dengan bahan lain. 


Tapi kalau ikut version orang N9, harus letak air limau. Ini versi Jawa katanya. Ah belasah sajalah labu. Lenkali kita try tambah air limau ok.


Malam tu kami ke kampung saya nunnn jauh kat Klang Lama tu. Mak Jah saya buat sambal belacan tumis. First time makan nih. Bahan-bahannya lebih kurang macam sambal gesek tu. Cuma bahan tambahannya ada belacan. Tumbuk-tumbuk. Pastu panaskan minyak, tumis. Pastu tambah pulak air asam sikit. Biar sampai garing. Fuh. Memang best! Makan pulak dengan jeruk limau yang dihiris nipis-nipis, tambah bawang dengan cili api potong. Mak ai!!! En Abah makan bertambah weh. Tak pandang dah lauk lain.

Malam tu selamat lah En Abah dok terbersin-bersin macam nak tercabut hidung gara-gara makan belacan :)




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!