Malam tadi saya tidur awal. Letih sangat setelah mengadap jem sejam setengah dek kerana hujan semalam. Plus badanku sudah ber-hangin-hangin sampai asyik membuang angin je :P
Irma pulak tidur lambat malam tadi. Sebab tidur petang lama sangat. So dia lepak bilik nenek dia tah buat apa.
Dalam pukul 2 pagi tetiba Irma masuk bilik nak tidur dengan saya. Tak lama lepas tu mak saya pulak datang menjenguk. Just nak make sure Irma dah masuk bilik saya dan bukannya main air kat toilet. Hui budak tu bukan kira masa. Ada-ada je projek dia.
Lepas mak saya jenguk dia pun tutup dan kunci pintu bilik saya. FYI pintu bilik saya ni takde tombol macam biasa tu.
Kuncinya macam pintu bilik kat ofis saya.
Pintu bilik saya lebih kurang gini ler. |
Lepas tu ada selak dari dalam macam kat hotel tu. Dapat bayangkan tak?
Selak. Tapi saya punya macam yang kat hotel tu. Siap ada segala mala rantai tu. |
Ok. Lepas mak saya dah jenguk tu, kitorang pun tidur. Saya ni sikitpun tak bangun dari bantal mahupun katil masa Irma masuk tu.
Pukul 3.45 pagi, Irma merengek nak susu. Saya pun bangun lah nak bukak pintu.
Guess what?
Selak pintu bilik saya tu berkunci. Aik? Siapa pulak yang pasang selak ni? Takkan saya kut sebab saya memang tak bangun langsung dari katil. Takkan Irma pulak? Selak tu punyalah tinggi. Mana lah dia sampai. Takkan mak saya pulak kut? Selak kan kat belah dalam bilik. Kalau mak saya yang pasang, macamana pulak dia nak keluar, kan?
So, siapa yang kunci sebenarnya? (En Abah tak tidur kat Cheras malam tadi. Hanya saya dan Irma aje ada dalam bilik)
Huish. Misteri, misteri.
Kalau korang, korang rasa siapa? Huuuuu....
Pic googled.
5 comments:
salam kenal..saye link ya..
sape yg kunci pintu sebenarnya?
salam kenal :)
itulah dia. tak tau siapa yang kunci. huhu. sampai sekarang still diselubungi misteri....
er..er...ke ko mmg bgn tp xperasan sbb mamai.
memula ingat gitu gak. tapi lama gak la aku termenung nak recall balik, ada ke tak aku bangun gi pasang selak tu.
sah. takde. tak tau la kot aku ngigau bawah sedar ke kan. hehe.
odah rasa pun ZZ yang kunci. mamai-mamai jawab soalan mak then terus selak..
Post a Comment