Semalam cuti Thaipusam. At first hubby kata MIL nak datang rumah. Ayo! Apa nak buat ni? Rumah belum habis kemas. Maklum lah baru pindah. Ada je barang yang belum unpack and kena susun. Pastu nak masak apa pulak? MIL is an expert and I'm not even an amatuer yet! Beginner pun macam tak layak. Haha. Hm and dengar khabar pulak yang SIL pun datang bawak anak2. Hoho lagi la semput dada gue. Kena kemas rumah habis-habisan ni.
So dari pagi sampai ke tengah hari tu projek kitorang sefamili ialah bersihkan rumah. Hubby la yang banyak buat kerja. Aku? Setakat basuh pinggan mangkuk, jaga Imran, basuh and jemur baju, lipat baju. Gitu-gitu aje lah. Nak buat yang berat2 aku tak larat. Plus nak kena jaga Imran lagi. Kalau dia tidur boleh la aku tolong mana yang mampu.
Around 10-11 am, hubby call MIL. Tanya pukul berapa sampai. MIL kata tak jadi datang coz dia ada kenduri apa tah kat rumah jiran. SIL pun tak jadi datang tak tau nape. Aku dah 'yay!' dalam hati. Hahaha. Jahat sungguh. Bukan apa/ Rumah macam tongkang pecah. Segan gila kat diorang. Hubby pun lega sebab boleh la dia rest lepas penat kemas rumah.
Tengahari, kazen aku pulak call. Nak datang. Ah sudah! Kelam kabut balik kitorang ni. Kebetulan dah rancang nak masak asam pedas. So kalau diorang datang makan aje lah asam pedas tu.
Kazen aku pulak tak kata nak datang pukul berapa. Aku expect petang2 la. Boleh hidang minum petang aje. Goreng2 nugget ke. So tengahari tu hubby keluar beli barang dapur. Aku lak bersilat between nak tidurkan Imran, basuh baju yang berbakul2 and jemur baju. Nasib baik semalam panas. Every 2 hours angkat baju, jemur yang next batch pulak.
Pukul 2, kazen call. kata dah bertolak dari rumah. hayoyo! Aku belum mandi. Rumah belum habis kemas. Lauk belum masak. Hubby pun dah start panik. Macamana ni? Hubby tolong aku masak kat dapur. Nasib baik ikan terubuk yang dia beli tu dah siap siang and potong. Kalau tak berejam la aku kat dapur. Blend cili kering dengan bawang. Ikut style MIL. Takyah rendam or rebus cili kering tu. Basuh2 sikit, masuk je dalam blender. bawang pun aku tak potong. Blend je lama2 sampai hancur. Hasilnya? Asam pedas aku sangat pedas. hahaha. The way that my hubby likes.
Nak dekat pukul 3, kazen pun sampai. Aku kelam kabut naik atas, mandi. Ruang tamu penuh dengan barang Imran. Bersepah ya Rabbi. kazen pun ada anak kecil so dia paham la kut pasal kebersepahan rumah aku. Lepas mandi aku sambung masak bayam pulak. Tumis air, cincai style. Haha. Lantok le. janji bersih dan boleh makan, dan ada rasa sikit. Hihi.
Pukul 3 lebih baru le semuanya terhidang. Kazen kata sedap. Husband dia kata pedas. Ok la tu kot. Hubby sendiri makan bertambah. Lepas makan, kazen ajak tengok bakal rumah dia kat Bukit Bandaraya. Luas rumahnya. Bukaan 24 kaki. Best betul. Bilik tidur besar2. I like. Dapur nya wow! Besar gila. Dapur aku saiznya kurang separuh dari dapur dia. Luas betul. Puas hati nak memasak kat situ. Terus aku tekad, nak menyimpan duit untuk besarkan dapur aku. Wahaha.
Ya Allah, murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.
5 comments:
Mcm nk belagak jer kazen ko....hahahahahaha
bukan berlagak...mmg kitaorg kazen2 rapat n pakat2 beli rumah sendiri ramai2....hahahaha. Mari kita berkampung ramai2 kat shah alam.
YES...ade jugak org nak balas comment aku...takde laaa kesunyian di alam cyber
no wonderlah so dengki si starla ni....hahaha.... kesunyian rupanya...hahah kesian tul!
ho ho ho jangan gaduh2....
hehehe
Post a Comment