Tuesday, January 22

Patut ke Tak?

Semalam lepas office hour jalan2 dgn hubby and Imran, pi tengok satu nurseri kat Seksyen 3. Look nice. Pengetua dia nampak penyayang. Ada program macam2 untuk baby. Makan pun disediakan. Baby pun tak ramai. Dalam 5 orang je. Baby dgn toddler diasingkan. Kalau toddler, siap diajar sembahyang duha, selawat, zikir and macam2 Islamic activities. Siap belajar hafaz ayat2 Quran eg alFatihah. Teachers pun nampak baik2 belaka. Program yang dijalankan memang well-known, established.

Cumanya, bila sampai tang registration fees, yuran bulanan dan deposit ni la terjojol mata aku. Mak aiii... kalau campur semua nak dekat RM1000! Mana pulak aku nak korek duit ni. Ni baru sorang. Bila campur dengan yang dalam perut ni nanti, waduh waduh... bisa hilang kewarasan gue.

Kalau ikutkan kata hati, naluri ibu aku, aku memang sangat suka dengan environment kat nurseri tu. Sejuk je bila masuk kat dalam. Kalau yang nurseri skrg ni, bila aku nak amik Imran, humang haiii... budak2 berkeliaran sana sini. Campur2 babies and toddlers. Yang ni tak. Memang asing2.

Kalau ikut kata pengetua tu, in case kalau badan baby kita panas, dia akan check suhu and call kita kalau dah cecah 38 celcius. Hm kalau kat nurseri lama tu haram nak call kita ni. Tau2 badan anak dah panas masa ambik dia. Bukanlah nak memandang rendah nurseri yang aku hantar Imran skrg ni. Cuma memang nampak benar beza antara dua nurseri tu (maklumla yurannya pun jauh beza!)

Entahlah. Patut ke tak aku hantar Imran kat tempat baru ni? Yurannya sangat la tak sesuai dgn financial situation aku. Tapi bila pikirkan masa depan anak(2), sungguh aku nak hantar ke nurseri tu. Tolonglah aku.

Karang kalau hantar kata tak reti nak ukur baju di badan sendiri. Perasan kaya tapi kayap. Tapi kalau tak hantar, stay dkt nurseri lama, apa jadi dengan future anak aku. Asyik sakit aje. Kesian tengok dia. Asyik2 makan ubat. Sampaikan kalu bawak dia pi klinik, tengok stetoskop tu pun dia meraung. Huhuhu. Sian anak mama.

Tuhan, bantulah aku dalam membuat keputusan ini. Berikan petunjuk padaku agar dapat aku berikan yang terbaik buat keluarga dan anak2 ku. Amin ya rabbal alamin.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!