Monday, January 7

Newsflash on Imran Danish, my love...

Last Friday bawak Imran balik dari nursery, nampak hidung dia dah berair. Oh my, anak aku kena selsema lagi setelah dua bulan lebih dia sihat tanpa sebarang penyakit. Well, biasalah. Hantar nursery, inilah disadvantage nya. Kanak-kanak memang senang berjangkit penyakit gini. Aku dah perasan dah on Wednesday tu ada sorang girl ni hingus meleleh je dari hidung dia. And kakak-kakak kat nursery tu tak ambik inisiatif pun untuk lap hidung that girl. Huh.

On Saturday, bawak Imran pi SMC sebab nak jumpa doktor, tanya pasal habit Imran yang suka garu2 kepala and tengkuk dia (since lahir!). It turns out rupanya Imran still ada ekzema kat area dia selalu garu2 tu. Dr kata if kena ekzema his skins tend to be dry and itchy. Plus Imran pulak kuat berpeluh. Bila berpeluh tempat yang kering tu akan buat dia rasa sakit dan gatal2. No wonder.

Selama ni aku ingat Imran dah create satu bad habit; garu2 kepala. Rupa2nya selama ni dia kegatalan 24 hours. Sian anak mama. Mama minta maaf atas kejahilan mama ye sayang.

So, Dr bagi 2 jenis ubat. Satu sapu before tidur. Satu lagi sapu after baths. Yang after baths tu krim Ellgy H2O yang boleh dibeli kat farmasi biasa aje. Lahh... Hm agaknya berapa hinggit la SMC caj untuk Ellgy ni. So, total medical cost is RM111.50. RM40 cosultation, RM3 registration fee, the remaining is for those cream and lotion. Yang aku tak puas hati, apasal everytime datang sini kena caj jugak registration fee tu? I thought registration fee tu masa first time datang aje.

Well, enough of that. Petang tu, export Imran ke rumah nenek dia kat Cheras coz aku kena teman hubby pi Plaza Low Yat nak cari laptop murah. Tak sesuai bawak baby ke sana sebab bau rokok kuat sangat (bahana orang bengong yang merokok dalam air-conditioned punya area!). Punya la lama kat sana sampaikan parking kena bayar RM7! Hohoho. Sampai rumah mama, aku terlelap dek kepenatan kat Low Yat. Tiba2 dalam pukul 9 hubby kejut. Badan Imran panas sangat. Terus kami rushing bawak Imran ke Klinik Kita kat Cheras Perdana.

Sampai klinik, doktor check body temperature dah cecah 38 Celcius. So masukkan ubat kat punggung untuk kurangkan panas badan. Then doktor bagi ubat demam, antibiotik, batuk & selsema. Dr pesan kalau dalam 3 hari demam tak kebah gak, kena bawak semula ke klinik.

Kesian Imran. Meleleh je hingus dia tak henti2. Teringat girl kat nursery tu. Lepas balik klinik kami bergegas ke Seremban pulak. Hubby nak jugak balik Seremban eventho Imran tak sihat sebab kami dah lama tak balik sana. Nanti apa pulak kata orang sana. Demi jaga hati keluarga, kami redah jugak malam pekat kat highway tu. Imran pulak banyak kali poo-poo. Agaknya kesan ubat yang dia makan. Poo-poo dia pun kaler hitam.

Sampai hari ni selsema dan batuk Imran belum reda lagi. But Alhamdulillah demamnya dah kebah. Hopefully Imran akan sihat semula sehari dua ni. Walaubagaimanapun, aku dengan berat hati terpaksa hantar jugak Imran ke nursery sebab takmau amik EL selalu sangat. Nanti apa pulak kata bos. Dah selalu sangat aku amik EL tiapkali Imran sakit. Nak wat camna. Aku tak sampai hati tinggalkan Imran dalam jagaan orang lain masa dia tak sihat. But then, aku juga terpaksa akur dengan kata-kata bos aku.

Teringat dia cerita masa anak2 dia kecik pun selalu sakit, dia dgn migrain datang jugak ke opis. Hm dalam maksud dia tu kan? Kan? Kan? Tapi nak wat camna... dia ada maid. Nursery yang aku hantar ni pun biasa2 je. Lainlah kalau aku hantar kat nursery yang well-known dan established macam Cambridge ke. Nursery2 gitu memang jaga baby betul2. Orang lain pun takleh masuk amik baby. Tapi kena ready la yuran utk nursery2 gitu. RM400 tak lari punyalah. Tapi jauh di sudut hati aku memang teringin nak hantar anak ke sana. To give the best care for my kid(s). Tapi apakan daya bajetku tak mencukupi untuk benda2 macam tu semua.

Well, hopefully anak mama cepat sembuh and ceria macam biasa.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!