Thursday, July 2

Redha

Oh.


Terima kasih atas segala komen-komen dan kata-kata penyuntik semangat kawan-kawan sealam maya ku semua di entri ini. Inilah yang seronoknya berblogging. Sentiasa mendapat sokongan kawan-kawan blogger yang lain.


Semalam kami laki bini berbincang panjang (well, taklah panjang sangat) pasal permasalahan kami ni. Jalan penyelesaian tu masih belum jumpa, tapi sekurang-kurangnya kami tahu yang kami mesti kuat, dan sentiasa sokong each other. Kalau tak, hmmm... dah lama dah terduduk terkangkang gamaknya.


Kami pasrah. Redha dengan ujian yang Allah berikan. Dan saya tahu, PASTI ada hikmah atas semua yang berlaku ni.


Ikutkan hati, nak aje saya berhenti kerja, tolong En Abah. Saya tahu dia tak mampu nak buat sorang-sorang. Dan dia pastinya perlukan idea-idea bernas pendapat dan pengetahuan yang saya ada sikit-sikit.


Tapi apakan daya, kalau saya tak bekerja macamana nak menampung perbelanjaan kami sekeluarga? Yang ada sekarang ni pun tak cukup, lagikan pulak kalau saya berhenti. Oh, dan jika nak bantu dia, saya memang kena berhenti kerja sebab komitmen yang perlu diberikan adalah 200%.


En Abah, kuatkanlah hati anda. Insyaallah ada rezeki untuk kita anak-beranak.


Amin.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!