Monday, April 27

Tuala & Doraemon: Hingga Bila?

Anak dara saya seorang yang terlalu attached pada tuala. Tak kisah la handkerchief ke, hand towel ke, face towel ke, mahupun tuala mandi. Oh kain lampin yang saya guna masa bedungkan dia dulu pun boleh jugak bagi dia.


Kalau dia menangis merengek meragam, selain daripada susu ibunya, mahupun bau ibunya, tuala lah penenang hatinya. Hihi. Bila dia dah dapat tuala kesayangan hamba dia tu, cepat-cepat dia masukkan dua jari (jari telunjuk & jari tengah) tangan kanannya dan gentel tuala menggunakan tangan kirinya. Sungguh comel!


Tetapi, ada jugak suara-suara asing yang bising-bising bila melihatkan anak saya menghisap jari sambil menggentel tuala. Bad habit, kata suara-suara itu. Nanti habit sampai ke besar, kata suara lain pula.


Sakit telinga? Memang. Tapi saya cuba sedaya upaya pekakkan aje.


Anak teruna saya, pengguna paci sejati suatu ketika dulu. Tetapi, Alhamdulillah dengan mudahnya saya berjaya berhentikan tabiatnya. Dia juga seorang yang susah nak tidur kalau tak naik buai. Dulu. Kemudian, setelah dilatih untuk tidur sendiri tanpa buaian, maka berjaya sudah. Sekarang buaian hanya menjadi perhiasan di rumah saya, rumah mak saya dan rumah MIL saya. *Tepuk tangan untuk diri sendiri*


Satu je yang masih lagi berdampingan dengan anak teruna saya...


































































Imran suatu ketika dulu. Kini - minus the puting and the buaian. Tinggallah Doraemon itu bersama-samanya. Hehe.

Doraemon kesayangannya itulah!


Yang ini memang agak susah sikit nak pisahkan dari dia. But then, siapalah yang takde bantal bucuk kan? Hampir semua orang rasanya. Termasuklah mama dan abah kepada anak teruna saya ini. Dululah. Sekarang takde lah sebab dah ada 'objek bucuk' yang boleh dipeluk sesama sendiri. Hahaha. Abaikan jika tak paham.


Saya yakin anak saya takkan terus berdampingan dengan Doraemon mahupun tuala hingga dewasa.


Anda pula bagaimana?




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!