Monday, August 18

Jalan-jalan

Sabtu lepas masa kat rumah, Imran dah start jalan! Finally, umur 1 tahun 3 bulan, Imran berani jalan dengan agak confident nya. Hehe. Sebelum ni bukannya dia tak boleh jalan, tapi dia takut nak lepaskan tangan kita yang pimpin dia ni. Bila kita try lepaskan tangan je, dia duduk. Gitu lah selalunya. Tapi Sabtu lepas, Imran dah berani jalan jauh2 sikit, tanpa dipimpin. Siap berhenti tengah jalan, berdiri kejap. Pastu sambung jalan balik. Hehe. Tapi dia tak pandai lagi nak berdiri sendiri. Kalau nak berdiri dia berpaut la kat apa-apa.

Irma pulak, petang semalam lepas tidurkan dia, tetiba je dia ketawa. Gelak besar pulak tu. Terkejut aku Irma ketawa dalam tidur. First time dengar dia ketawa. Hehe. Agaknya masa dalam tidur la dia belajar ketawa kot.

As for my EBM, weekend lepas kemalasan melanda diri. Tak pam pun. Malas ya amat. So, for Saturday and Sunday, EBM yang berjaya dipam ialah ZERO.

Sekian terima kasih.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!