Friday, August 15

Makan-Makan Lagi & Jurnal EBM

Ah... Alhamdulillah. Kenyang aku hari ni. Hari ni ada makan-makan lagi kat ofis lama. Farewell untuk lagi sorang ofismet yang akan bertukar tempat bertugas. Aku, biasalah, bawak trifle. Alhamdulillah semua puji trifle aku walaupun diorang first time makan. Tak taulah kot2 puji amik hati aje. Tak kisahlah. Yang penting aku bawak balik bekas kosong. Yay!

Kat ofis tadik ada macam2. Pot luck jugak. Makan nasi campur awal2 pagi. Hehe. Ada lauk ayam goreng berempah, sayur campur, asam pedas daging, ulam. ikan bilis goreng, ayam masak merah, even budu pun ada! Then ada pulak spagheti goreng, karipap, puding susu+coklat, talam berlauk, swiss roll, kuih dangai (aku first time dengar dan makan kuih ni) dan beberapa benda lain yang aku tak dapat recall (sebab aku tak makan). Air teh tarik. Burp! Kenyang mak!

Oh, aku decide nak start jurnal berkenaan EBM aku la. Nak track rekod berapa banyak aku berjaya pam setiap hari.

Ok kita mulakan dengan hari ni. Oleh sebab ada jamuan, jadual aku lari sikit. Dapat pam 2 kali aje. Walaupun 2 kali tapi Alhamdulillah hasilnya banyak.

Pukul 8.30 am: 7oz
Pukul 2.30pm: 7oz lebih sikit.

Biasanya sehari aku dapat 15oz ke 19oz. Syukur Alhamdulillah... rezeki Irma. Harap2 production susu yang banyak ini akan berterusan, kalau boleh biar bertambah banyak pun takpe.

Tapi berita sedihnya, Imran tak mau minum susuibu. Sedih sangat. Bila bagi dia, dia try hisap botol, rasa sikit, pastu campak aje botol tu sambil geleng2 kepala. Apa yang patut aku buat ek? Aku cadang:

(a) Campurkan EBM dengan susu FM yang Imran minum
(b) Beli perasa strawberry Hershey's tu, campur dalam EBM supaya rasa dia sedap. tapi kena check dulu samada benda tu contain susu lembu atau tak.

Apa pendapat kawan2? Mana yang lebih sesuai atau efektif agaknya? Atau mungkin kawan2 ada cadangan lain?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!