Monday, August 25

Minta Maaf Kan Senang?

Korang pernah tak alami situasi berdepan dengan cashier yang kureng tahap kesopanannya??

Aku pernah. In fact, selalu. Aku rasa sesiapa yang nak jadi cashier atau sesiapa sahaja yang nak apply kerja jaga kaunter kat Malaysia ni, kena go through satu kursus la. Kursus Melayan Pelanggan ke apa ke. Kenapa pekerja kat Malaysia ni banyak yang (banyak ye, bukan semua) tak anggap customer ni penting? Diorang tak tahu ke, tanpa customer, company pun takde sale. Company takde sale, profit pun tak banyak. Profit tak banyak, macamana nak bayar gaji korang? Bonus tak dapat, tau pulak bising! Padahal perangai masing-masing Nauzubillah!

Jumaat lepas aku pi satu farmasi kat satu shopping mall kat Putrajaya (aleh, mana lagi. takkan korang tak tau kot?). Kat farmasi ni ada dua kaunter pembayaran. Masa aku nak bayar, aku pi la kaunter A. Budak cashier kat kaunter A ni suruh la aku pi kaunter B. Agaknya dia nak tutup kaunter kot. So ok lah. Aku pun pi la kaunter B. Aku orang 2nd. Kat kaunter B ni pulak ada masalah yang melembapkan perjalanan transaksi. Punyalah lama aku tunggu. Ok lah. Sabar lagi.

Pastu tengah aku dok beratur tu, ada la customer lain datang kat kaunter A. (Kaunter dia sebelah-menyebelah je). Budak cashier tu pun selambek je layan customer tu. Aik? Kenapa dia halau aku pi kaunter B yang maha lembap ni tapi boleh pulak dia layan orang lain kat kaunter dia lepas tu? Kalau kaunter dia dah takde problem, kenapa dia tak panggil je aku suruh pindah balik kat kaunter dia, padahal dia nampak aku punyalah lama tercongok kat kaunter B tu?

Korang paham tak apa situasi yang aku hadapi ni? Lepas satu, satu customer dia layan. Tapi dia buat dekk je dgn aku. Takleh ke dia kata, 'kak, bayar kat sini' ke, atau 'kak, meh la pindah sini balik. dah ok dah.' or whatever lah. Dia NAMPAK aku tercongok kat situ tapi dia dgn senang hati layan customer lain, padahal dia yang halau aku suruh pi kaunter B. Aku dah start la panas. Tapi as usual, me as typical Malaysian, aku diamkan aje. Sabar, sabar. Tunggu la. Orang depan ni dah nak sudah (dah 10 minit kat kaunter tapi tak sudah2 jugak!)

Hubby dah start bengang dah time tu. Last-last hubby pi kat dia, hubby kata, "eh? apasal awak tak nak layan kitorang? awak suruh kitorang pindah kaunter sini (B) tapi awak layan pulak orang lain?"

Secara generalnya, apa yang korang expect bila dah kena marah dengan customer macam tu? Kalau aku, aku akan kata, minta maaf encik, saya tak perasan. Korang pun pikir macam tu kan? Ye lah, customer kita. Kenalah layan elok2.

But then, apa yang terkeluar dari mulut budak cashier tu amatlah memanaskan hati aku. Boleh dia kata, "saya kenalah settlekan pasal hal kakak ni (customer lain) dulu!". Oh maaf, bukan kata, tapi tengking. The thing is, masalah kakak yang kononnya dia kena settle kan tu dah lama dah settle pun. Kenapa lepas dah settle kan pasal kakak tu dia tak panggil aku? Kenapa dia biarkan aje aku tercongok? Ok lah kalau dia tak nak layan pun. But please say that you're sorry. Susah sangat ke?

Hubby bengang, terus blah. Tunggu aku kat luar. Masa aku tengah bayar (setelah kaunter A dah dalam 10 orang dah setel buat payment), cashier kaunter A tanya, "mana customer tadi?"

Oh, dah habis layan semua customer baru nak layan kitorang? Dah kena tegur baru nak panggil kitorang? Hm, tapi dia tak perasan yang aku dgn hubby adalah customer yang sama. So aku curi dengar aje lah.

Cashier kaunter B pun kata, " dah pergi kot. Nak buat macamana, lambat sangat kan." Statement ni aku tak sure perli cashier A ke atau perli hubby. Lepas tu cashier A membebel. "Apa ntah nak marah-marah orang bla bla bla bla." Hoi! Laki aku tu yang kau bebelkan! Terus aku kata, " kalau minta maaf aje tadi kan senang?"

"Takde lah. Tak payah la tinggi-tinggi suara!" Haik? Aku lak kena marah? Aku jawab balik elok2, "Tapi customer kan is always right? Tak boleh la layan macam tu." Dia pandang aku, pastu terus dia membebel2 then blah dari kaunter. Aku dah geleng2 kepala dah tahan marah. Marah ni! Hanginnya mak!! Cashier kaunter B minta maaf kat aku. Tak sure lah minta maaf on behalf kawan dia ke, atau minta maaf atas kelembapan dia buat kerja. Lepas dia minta maaf, terus aku sound, "suruh dia tu (cashier A) behave sikit!" Terus aku blah! Hisy! Geram aku! Apa punya perangai daa?

Macam ni ke rakyat Malaysia yang kononnya bersopan santun tu? Macam ni heh? Hampes je. Kalau dengan tourist tau pulak korang berlemah-lembut. Ni dengan orang sendiri korang kekurangan hajo pulak. Isyyy! Sakit jantung aku!

Kepada semua warga kerja yang ada connection terus dengan customer, tolonglah jaga manners korang. Koranglah penjaga imej kampeni korang. Kalau korang layan customer dgn hampes, fikir-fikirkanlah keberkatan rezeki hasil duit gaji korang tu.

Uh. Emosi sungguh aku untuk entri kali ni.

4 comments:

Opie said...

baru jadi caisher dah belagak..mesti melayu kan...bangsa yg paling bangga kat malaysia nih...huhuhuh

Unknown said...

melayu la bangsa apa lagik...
malu aku dgn bangsa sendiri.

Opie said...

tp itu la bangsa yg paling bangga kat malaysia nih....bile org cakap mende yg betul marah...tp mmg hakikat hampeh...tp kalau bab2 service, melayu mmg fail...tp masih ade org ttp menegakkan benang yg basah....malu nya jadi melayu

Anonymous said...

kureng hajor..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!