Monday, August 25

Hujung minggu. Lepak kat rumah MIL kat Seremban. Tak mengepam pun sebab Irma asyik nak mengempeng dan aku tak reti nak pumping sambil menyusu. Almaklum pam ku hanyalah pam Avent manual. Rasanya kalaulah ada duit nak aje aku beli pam elektrik yang double pumping. Kalau ada sesiapa yang sudi derma duit kat aku so aku boleh kumpul dan beli pam baru, jangan malu-malu ye. Hehehe.

Ahad. Ikut plan asal, nak balik Cheras waktu pagi sebab nak elak jem. Tapi hubby dapat tau ada supplier capal kat Melaka. Diajak nya aku pi sekali. Kalau nak aku ikut, anak-anak pun kena la angkut sekali kan. Hm, sampai Melaka, rerupanya orang yang dikatakan supplier capal tu just penjual aje. Yang buatnya orang lain. Tapi sah-sah la dia takmo bagitau siapa supplier dia kan? Nama pun business.

Hampa, kitorang pun bertolak lah balik. Aku suggest kat hubby lalu tol Ayer Keroh, lebih dekat. Tapi nak elak bayar tol mahal punya pasa, hubby nak lalu Alor Gajah. Sekali ada roadblock daaa... (Maklumlah nak mengundi esok). Punya la panjang kereta beratur nak menuju ke tol. Aku sampai tertidur. Irma pulak asyik nak menyusu. Nipple kiri aku pulak masih sakit dan bertambah sakit. Aduih. Sabar aje lah. Nasib baik Imran ok je. Aku rasa kami bertolak dari Melaka pukul 3 lebih. Sampai rumah nak dekat pukul 5 kot. Punyalah lama. Nasib baik PLUS tak jem.

Sampai Seremban, lepak dulu. Lepas Maghrib kami bertolak balik. Tengah bersiap, Allahuakbar, hujan pulak. Lebat pulak tu. Dugaan sungguh. Dalam kereta, hubby mengadu tak nampak jalan. Mengantuk pulak. So lepak jap kat R&R. Sampai Cheras dah pukul 11 malam. Mata aku mengantuk gila. Baju belum bergosok. Ikutkan hati nak aje aku EL esok. Hahahha. Dasar pemalas!

Lepas gosok baju, susukan Irma. Tapi Irma asyik menangis aje. Puas aku cari puncanya. Check diapers, perut, susu, semua dah. Tapi dia asyik nangis. Jenuh jugak la nak pujuk dia. Finally, pukul 1 pagi baru Irma lena. Huhuhu.

Bangun pukul 5 pagi, susukan Irma. Pukul 5.40 aku tidur balik disebabkan ngantuk yang amat. Pukul 6.10 pagi aku bersiap. Huwaaa!!! Ngantuknya! Tapi bersyukur lah sebab Irma bukannya jenis yang bangun setiap jam. Sekurang-kurangnya tidur aku tu berpanjangan la. Taklah asyik terkejut2. Kan?

Think positive in everything.

Ya Allah, aku bersyukur di atas segala limpah kurniaMu ke atasku.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!