Wednesday, September 10

Happy Birthday Abah!

Hari ni birthday abah. Mama tak beli apa-apa pun untuk abah. In fact, mama dah lama tak beli hadiah birthday untuk abah. Hehehe. Abah pun dah lama tak beli apa-apa untuk mama.

Happy birthday, abah! Semoga kita bahagia sampai bila-bila. Mama sayang abah!

Kalau mama terer buat kek, mama nak buatkan abah kek ni:


Hahahaha. Tak pun kalau kek ni pun best:


Hehe. Comel kan?

Oh ye. Imran dengan Irma demam sekarang ni. Mama pun baru je baik demam. Selsema pun dah ok. Padahal semalam mama selsema teruk. Demam pulak sampai menggigil-gigil. So semalam mama minum la air Pe*l Fr**h Oren setengah kotak besar tu (kongsi dengan abah - abah pun demam jugak). Ni gara-gara nak dapatkan Vitamin C lah. Hehehe. Tapi memang menjadi lah trick mama ni (trick ke eh?). Alhamdulillah selsema mama dah ok. Tapi abah still demam. Abah demam teruk. Hari Ahad pi klinik, suhu badan abah cecah 40 darjah celcius! Tinggi betul! Abah kena injection untuk kurangkan suhu badan. Lepas inject memang badan abah tak panas sangat tapi demam tak baik-baik lagi. Makan pun abah kurang selera.

Semalam mama demam teruk jugak. Bawak kereta pun tak larat sampaikan kaki mama cramp. Apa kaitan kaki cramp dengan demam ek? Dah la semalam memang kerja kuat gila-gila kat ofis ni, gara-gara nak siapkan sistem untuk presentation hari ni. Terus mama migraine. Sampai rumah, walaupun badan rasa seram sejuk, mama paksa jugak diri mama mandi, sebab nak menyusukan Irma. Takkan tak mandi pulak kan?

Lepas mandi, badan mama menggigil-gigil sepanjang malam. Irma pulak merengek tak nak tidur. Tak selesa agaknya sebab hidung dia banyak hingus. Last-last mama berjaya tidurkan Irma pukul 1.30am. Huhu. Bangun pagi, Alhamdulillah pagi mama dah sihat sikit. Sampai ofis, kena get ready untuk presentation. Agaknya takut + cuak punya kes, demam mama pun 'lari'. Ekekeke.

Imran dengan Irma pulak berjangkit demam dari abah lah. Mama pun. Tapi tadi mama call Auntie Adik. Auntie Adik kata Imran dah ok. Irma je la. Badan Irma panas lagi. Mama suruh Auntie Adik continue bagi makan ubat. Harap-harap Abah, Imran dan Irma cepat sihat ye!

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada suamiku dan anak-anakku. Amin...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!