Monday, October 15

Lamb Stew

Pic googled




Malam tadi merajinkan diri memasak lamb stew. First time masak bendalah ni. Memulanya En Abah request nak makan nasi beriani kambing. Tapi last minute ditukar pulak kepada lamb stew.


Maka menggagau le menggogle kan diri. Akhirnya jumpa jugak resipi yang simple kat sini. Meh kita tepekkan untuk simpanan masa hadapan :)



Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 1/2 kg potongan daging kambing (lamb cutlets)
  • 1 biji bawang besar berkulit coklat (dimayang)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 2 biji kentang (potong baji)
  • 1 sudu makan mentega
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 kiub pati lembu
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2 sudu makan honey mustard
  • Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara
  1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum.
  2. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
  3. Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
  4. Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
  5. Selepas 5 minit, masukkan kiub stok lembu, tomato puri, honey mustard, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  6. Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.

Honey mustard tu aku tak beli. Tapi gunakan kreativiti En Abah. Dia belek kat botol honey mustard tu apa ingredients nya - madu, apple cider, garam, gula. Dah semua benda tu ada kat rumah, so sampai rumah dia campur-campurkan aje bahan-bahan tu ikut sukati dia. Aku tukang masukkan dalam periuk je  hehehe.


Verdict? Memang yummeh! Aku lebihkan lada hitam nak bagi panassss hehe. Cuma aku rasa kalau biarkan lama sikit atas api lagi sedap kot. Biar daging tu lembutttt je. Ni aku dah tak sesabor nak makan. Bila carrot dah lembut sikit terus tutup api. Hahaha. Nasib la edible jugak daging tu. 


Budak-budak kemain suka. Bapak budak diam aje masa makan. Speechless sebab sedap kot hahaha. Perasan ek ZZ. 


Ok lepas ni boleh try lagik. sekian.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!