Thursday, September 25

Macamana Boleh Tertinggal Ni??

Huhuhu. Mama tertinggal botol Avent mama. Pam nya bawak pulak. Macamana mama nak pam ni? Nak keluar pi beli botol pun, mama tak bawak kereta hari ni. Haiyo... Macamana ni? Hari tu valve pam tu tertinggal. La ni botol pulak! Kalau takat valve tertinggal boleh hand expressing lagi. Kalau botol pulak tertinggal, nak takung tang mana? Huhu. Apasal la mama ni cuai sangat?

UPDATE

Disebabkan tak tahan bengkak susu, mama pam jugak tadi. Tapi takung susu kat dalam cawan. Susu tak banyak keluar sebab rasa macam canggung pam takde botol. Pegang pam pun semacam je. Mana nak kena bongkokkan badan untuk takung susu tu, nak kena aim masuk dalam cawan lagi. Hehe. Lepas pam mama simpan dalam bekas plastik yang biasa orang guna isi bubur tu.

Lunch hour tadi mama minta tolong kawan mama teman pi SACC. Pi kedai A****u. Rembat botol 4oz 4 biji. 2 biji RM8.90. So 4 biji RM17.80 lah.

Sampai office dah pukul 2.15ptg. Hihi. Lambat sikit. Sorry aaa boss. Ramai sangat orang kat Kompleks dan SACC tadi. Cari parking pun susah.

Masuk office, mama rendam botol baru dalam air panas. Pastu pi pam guna kaedah seperti di atas sebab kat kedai tadi tak jumpa botol wide neck yang murah. Beli standard neck punya. Hm total production susu hari ni lebih kurang 9oz. Sikit je kan? Takpelah. Syukur Alhamdulillah dapat juga hasilkan susu.
.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!