Monday, December 1

Diapers Incident

Last weekend balik rumah Mak Wan di Seremban. Erm... takde apa yang special berlaku. Cuma... masa nak balik ke Cheras, singgah dulu di satu kedai di Seremban untuk membeli diapers Imran & Irma yang dah menyusut stoknya itu.

Mama tak sempat keluarkan duit so cadang nak guna credit card. Masa nak bayar tu, tetiba budak cashier tu kata takleh bayar guna cc kalau beli diapers. Eh? Gitu pulak? Masa beratur tu mama nampak ada notis tulis takleh bayar guna cc kalau beli liquor, rokok, susu tepung dan offer item. Takde pulak tulis diapers. Diapers ni under offer item ke? Nape takde mention apa2 pun kat rak diapers tu? So mama yang curious ini pun bertanyalah baik-baik.

Mama: Kenapa diapers tak boleh bayar guna credit card?
Amoi: Tak boleh. Baca sana. (Tunjuk pada notis tu)
Mama: (Pandang notis untuk double check. Takde tulis diapers pon) Takde pun tulis diapers?
Amoi: (Tak tau nak buat apa, terus panggil tokey.) Uncle! Uncle! (Sambil cakap in Kantonis)

Uncle tua datang terkedek-kedek.

Tokey: Ini pampers tala boleh guna card! (Suara dikuatkan. Sangat kuat okeh! Satu kedai pandang!)
Mama: Mana ada tulis? Takde tulis pun? (mama pun tinggikan sikit suara. Sapa suruh tengking customer?)
Tokey: Tala boleh! Tala boleh! (Smabil buat isyarat tangan 'tak boleh' dan blah pi layan customer lain)

Mama sangat hangin!!! Hangin satu badan!

Mama: (Dengan suara yang kuat jugaklah kot. Amoi tu cuak aje) LAIN KALI, KALAU TAK BOLEH, TULIS LA BETUL-BETUL! DAH, CANCEL! (Lalu mama pon blah keluar dari kedai tu)

Semua orang dalam kedai pandang. So what? Salah mama kah? Cakap elok-elok tak boleh ka? Kena tengking-tengking ka? Nak bagitau satu dunia 'ooo ini kedai wa punya. suka ati wa mau buat apa lor'?

Adakah kerana mama pakai sempoi masa tu? Oh well, mama cuma pakai t-shirt lusuh, skirt labuh dan tudung style a la hidup-segan-mati-tak-mau. Dok dalam kereta je, tak kuasa nak pakai cun-cun!

Sudah lah apek. Mama pon tak hingin pi sana lagi. Walaupun dispo diapers kat sana sangat murah compared to other places. Lenkali mama suruh abah aje pi. Haha.

Ni yang buat lagi berkobar-kobar nak pakai cloth diaper ni. Hoho.

4 comments:

Fara said...

Fara pn jenis yang berangin gak, tp bertempat la. Klu sesuka hati tengking gitu mmg kena la apek tu tambah2 lg suara fara ni mmg jenis loud n clear, hahaha.

~Umi.Sufira~ said...

Ekeleh..apa ke sengalnya amoi tuh.. tak menghormati customer langsung..cakap jelah elok2 kot yer pon...Mmm apa lagi zetty marilah berjinak2 ngan CD=D

Unknown said...

Fara: Saya jarang mengamuk/hangin kat org yg saya tak kenal. Tapi si apek tu, hisy... memang geram betullah!

Roza: ni aku tengah dok cari 2nd hand cd dulu la ni. laki aku dok risau takut aku tak ready tang basuh-membasuh cd tu nanti. hahaha. sabo je la.

sW33tdARLiNG said...

ooh kalo aku dah lama aku argue sampai aku menang... kalo ala2 rasa tak boleh menang, memang aku campak jer diapers tu then blah...

ko taknak jual, byk lagi kedai laen boleh jual

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!