Apa aktiviti korang masa cuti panjang last week?
Saya, selain melepek melepak kat rumah MIL, saya juga telah melakukan satu aktiviti bidan terjun dengan jayanya.
Menyambut kucing beranak!
Hahaha. Yup. Betul tak tipu punya.
Kebetulan masa tu time sembahyang Jumaat. En Abah dan PIL ke masjid. SILs pulak berjimba-jimba ke Mid Valley. So dalam rumah tu cuma saya, MIL dan anak-anak.
Tengah syok layan cerita apa tah kat TV, terdengar MIL menjerit panggil nama saya.
Risau takut jadi apa-apa, teruslah saya dengan gagahnya berlari ke depan pintu bilik SIL saya kat bahagian belakang rumah tu.
Rupa-rupanya si Chombi Chanduri, kucing adik ipar saya tengah dok terbongkang atas alas kaki depan pintu bilik akak ipar saya. (Psstt... sedap tak nama kucing tu? Hihi keless khannn...)
Rupa ala-ala si Chombi. Neva Masquerade cats. Kemain nama breed dia. Patut le nama pun glemer haha. Gambar dari sini. |
MIL datang bawak kotak. Saya lah yang mengangkut si Chombi dengan anaknya masuk dalam kotak. Masa tu baru seekor je yang dah berjaya dilahirkan. Tapi... saya tengok semacam je anak kucing ni. Mulut ternganga, badan berselaput tapi tak disentuh langsung oleh Chombi. Biasanya kucing terus jilat anak dia kan? Ni tak, si Chombi macam takmo layan anak dia tu.
Rupanya nyawanya tak panjang. Lepas tercungap-cungap kejap, terus dia kaku. Kesian... dah la comel!
Dalam sejam macam tu, keluar pulak anak no 2. Itupun kebetulan saya terdengar bunyi anak kucing mengiau. Jenguk ke dalam bilik SIL, si Chombi tinggalkan anak dia yang no 2 tu terkapai-kapai. Kesian saya nengokkan. Si Chombi ni baru first time beranak. So agaknya dia tak tau apa-apa la kot. Ibu muda bak kata MIL saya. Hehe.
Saya pun angkat le anak no 2 ni dengan tisu, letakkan dekat Chombi. Baru la si anak diam and Chombi pun bersihkan anak dia. Masa tu saya tengok kat 'jalan' si Chombi ni dah nampak kepala lagi sekor. Hoho. Saya pun bagitau le kat MIL. MIL tak berani tengok sebab geli. Yang tengok si Imran dan Irma. Hehehe. Berani sungguh budak-budak ni tengok kucing beranak.
Dalam setengah jam macam tu jenguk lagi sekali. Oh... dah selamat dah yang no 3 tu. Syukur... Si Chombi masih terpinga-pinga macam blur aje tak tau apa-apa.
So, Chombi dah selamat. Dah ada 2 ekor anak. Sekor belang-belang kaler coklat. Sekor lagi putih tapi maybe akan ada tompok-tokpok oren atau coklat.
Now tengah tunggu lagi sekor je yang tak terberanak lagi ni. Si Molly. Nampak dah sarat sangat dah. Minum air pun sambil baring. Hahaha. Dah tak larat la tu kot. Dengar cerita kalau hari ni (Isnin) Molly still tak beranak jugak, maybe SIL akan bawa jumpa vet kot. Kena operate kekdahnya. Hooo... baru saya tau kucing pun ada yang takleh beranak normal ek. Kagum sekejap.
Gini la lebih kurang rupa si Molly. British Shorthair Cat. Gambar dari sini. |
10 comments:
tahniah! dpt cucu 2ekoq.. :P
haha. MIL dapat cicit la kekdahnya :)
berdebar-debar pulak baca bila jd bidan ni..w/pun kucing..hihi
hebat2.... pasni boleh sambut anak si molly lak he3..
saya plg geli tgk anak kucing baru lahir. mcm anak tikus pun ada rupanya. Ingat lagi dulu, lari panjat katil bila ada kucing terberanak bwh katil.
rohaadam,
memang berdebar hehehe. lagi2 bila nampak kepala tu huuuu....
lia,
baby molly aku tak sempat sambut kot hehe
mirah,
hehe sama la dengan MIL saya.
i pun baru tau. ingat semua normal delivery jer:P
hahahaha....jelitawan sungguh kucing2 ittew! Chombi and Molly...vogue de vass :p
Hehehe...best nama kucing nih. teror ah bley sambut kucing beranak. I pon baru tau ada kucing yg tak bley normal delivery.
isabelle,
kann??? tak sangka ada c-sect pulak untuk kucing hehe.
madam za,
sebab jelita tu la dok jadi buruan segala kasanova kat taman tu. haha.
fiza,
ni anak-anak nya tah apa pulak namanya nanti. dengar2 nya ada bunyik2 hindustan sikit. haha.
Post a Comment