Wednesday, December 3

Marah

Apa nak cerita ek? Huhu. Selsema Imran belum baik lagi. Batuk dia pun. Malam2 asyik terbatuk2 sampai dia terjaga dari tidur. Sian Imran.

Sejak kebelakangan ni mama asyik ter-marah Imran aje. Adoyai anakku itu teramatlah menguji kesabaranku.

Dia sekarang suka main plug. Tutup bukak tutup bukak. Harus beli cover plug tuh nanti.

Pastu suka lepuk Irma. Tetiba datang, sengih2 kat Irma and 'dush'! Irma kena sebijik 'lepukan' Imran. Kat muka la, perut la. Ada sekali tu tetiba je Imran lepuk perut Irma masa Irma baru je lepas minum susu. Few minutes lepas tu Irma muntah. Habis segala susu yang dia nenen tadi keluar. Haiyo la Imran. Kenapa buat gitu kat adik nak oii...

Kadang-kadang mama marah aje. Bukan marah la, tegur lebih sesuai.

Imran, jangan buat gitu Imran.

Imran, tak baik pukul adik. Sakit tau. Kesian adik.

Di atas adalah contoh-contoh teguran peringkat pertama.

Imrannnn.... kan mama dah kata jangan main plug tu. Bahaya!

Imran, kenapa Imran ni?!

Dan di atas ini pula contoh-contoh 'teguran' peringkat kedua.

Peringkat ketiga? Mama jentik tangan Imran. Atau babab. Reaksi Imran ialah samada dia babab mama balik, atau dia amik apa-apa benda terdekat dan campak benda tu. Haaa time ni la mama hangin. Main cammmpak je barang tak kisah la botol susu dia ke, paci dia ke, doraemon ke, even handphone pun dia campak tanda protes.

Aduh kawan kawan. Tolonglah mama. Apa yang patut mama buat so that mama boleh handle situasi-situasi yang tak diingini ni? Apa cara terbaik nak bagitau anak yang apa dia buat tu salah? Kalau dah tegur elok-elok pun still buat lagi, apa tindakan kita seterusnya?

Mama takut kalau-kalau mama selalu marah, nanti Imran jadi pendendam, atau baran. Macamana ye?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!