Thursday, December 4

Kolam Pancing dan Kuping

Semalam abah bawa makan kat Danau Anggerik, kat Seksyen 24.

Tempat makan ni sebenarnya kolam memancing. Sebelah kolam ni dibina restoran seafood. Actually, ofismate mama yang bagitau pasal kewujudan tempat ni.

Masa mula-mula sampai Imran sangatlah teruja bila nampak kolam ikan tu. Abah pun teruja jugak. Almaklum kaki pancing. Pantang nampak kolam.

Kitorang pesan nasi putih, ikan kembung 3 rasa, kailan ikan masin, kerabu perut dan tomyam sotong+udang. Masa tengah tunggu order tu, Imran ternampak roti Gardenia kat tempat orang tu buat tauhu bakar dan roti bakar.

"Nak, nak."

Memula mama tak dapat 'tangkap' apa yang Imran nak. Ingatkan dia tunjuk lampu-lampu yang kalerful kat restoran tu. Rerupanya Imran nak roti. Mengamuk-ngamuk dia nakkan roti tu. Last-last abah pun order roti bakar satu set untuk Imran. Mama pun tumpang sekaki.

Mula-mula abah yang duduk sebelah Imran, mama jaga Irma. Tapi akhirnya abah mengaku kalah, suruh mama takeover jaga Imran. Biar abah pangku Irma. Hehehe. Ingat senang nak layan si abang tu yek?

Masa makan, mama makan nasi, Imran makan roti. Sesekali dia nak jugak nasi yang mama tengah makan. Fortunately kuah tomyam nya tak pedas LANGSUNG, so mama bagi la Imran makan sikit.

So far, ikut pendapat abah, lauk kat situ sedap dan serasi dengan tekak dia. As for mama, mungkin sebab mama dah pernah rasa lauk yang sama tapi lagi sedap kat tempat lain, so mama bagi 3 bintang ajelah. Ecewah macam Mat Kasan pulak.

Balik rumah, mama tengok Imran dok tergaru-garu kepala. Kruk krak bunyinya. Uik semacam je? Bila mama rasa, eh macam ada kudis la! Bila masa pulak Imran ni dapat luka? Bila mama cek betul-betul, rupa-rupanya kuping. Banyak gila. Geramm je mama tengok. Rasa nak kopek-kopek time tu jugak. Kawan-kawan kalau tengok kuping geram tak? Mama memang geram. Gatal tangan dibuatnya. Hahaha.

Tapi malam tadi Imran dah ngantuk sangat. Bila mama nak tengok je kuping kat kepala dia, dia tak bagi. Siap tepis-tepis tangan kita. Takpelah, tunggu mama beli baby oil, nanti kita letak kat kulit kepala tu ye. Sian Imran asyik garu-garu kepala.

Malam tadi abah keluar minum dengan Pak Ngah Man, husband kepada Aunty Ija, kazen mama. So tinggallah mama, Imran dan Irma kejap. Tapi biasalah orang lelaki kalau keluar minum, borak-borak sure lama gila kan. Irma Alhamdulillah tidur awal. Imran pulak teman mama tengok CSI Miami. Mama dah pesan kat Imran, nanti pukul 11 malam kita tukar diapers dan tukar baju sekali sebelum tidur. Imran pun nampak segar lagi masa tu. Nota: Imran memang tidur lambat. Selalunya pukul 11.30 ke 12.00. Kenapa tah dia susah nak tidur awal.

Around 10.30 pm Imran nak susu. Mama pun buatkan. Then sambung layan CSI. Habis CSI, tengok-tengok Imran dah tertidur! Adoiyai. Diaper belum tukar. Imran ni heavywetter. Kalau tak tukar diaper sebelum tidur, alamatnya esok lencun la tilam.

Kesian tengok Imran yang dah lena, mama tukar dulu diaper dan baju Irma. Unfortunately, Irma terjaga la pulak. Biasanya dia lena je walaupun kita tukar diaper dia. Hm. Terpaksa biar Irma golek-golek dalam playpen dulu. Tukar diaper Imran pulak. Peliknya, Imran tetap lena walaupun mama tukar diaper dan baju Imran dengan agak 'ganas' la jugak. Kehkeh.

Irma? Pukul 12.30am baru dia tido! Huii anak dara ni, tido lambat!
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!