Friday, January 30

Jurnal EBM 290109

Malam kelmarin mama makan oats+air panas+susu kotak. Sebelum tidur. Hihi.

Pagi semalam, Alhamdulillah susu mencurah-curah macam dulu-dulu.

Pagi: 9oz. Sangat seronok tengok itu botol penuh dengan susuku!
Petang: 6oz. Wahhh dah lama tak cecah 6oz kalau petang-petang. Biasanya paling dasat pun 4oz.
Total: 15oz.

Alhamdulillah. Mungkin oats sesuai dengan mama untuk tambahkan susu.

So, berdasarkan pengalaman mama, benda yang boleh bantu mama tambah susu ialah: kurma (at least 7 biji sekali makan), air longan (tapi kadang2 mama tak tahan laa.. angin satu badan beb), dan oats.

Minum Horlicks tapi nampaknya macam takde kesan.

Yang lain-lain mama tak pernah cuba lagi.
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!