Thursday, February 12

Men! Men!

Malam.

Sang ibu sedang mengangkut baldi berisi baju yang baru aje dikeluarkan dari mesin basuh. (Aik? Macam ayat dalam soap opera episod 14 aje. Kehkehkeh) Dengan tergedik-gedik dan terkedek-kedek sang ibu mahu menjemur baju di ampaian.

Tiba-tiba sang anak teruna datang pada sang ibu sambil jari telunjuknya terarah ke baldi itu.

"Men! Men!"

Ah sudah! Dia sudah nampak baju dan seluar pendek Ultraman dalam baldi itu! Mengamuk sakan sang anak teruna mahu pakai baju itu. Sang ibu terpaksa memujuknya dengan menukar baju tidur sang anak teruna. Baju Ultraman juga tapi yang berlengan panjang. Selepas selesai tukar baju, sang anak teruna dengan gembiranya menunjukkan gambar Ultraman pada baju itu kepada sang ibu.

"Men! Men!"

****************************************

Pagi.

Sang ibu sedang membancuh kopi untuk sang abah. Tiba-tiba sang anak teruna datang bergayut di babygate di pintu dapur sambil tersengih-sengih. Dengan mata yang terpisat-pisat penuh dengan tahi mata.

"Men! Men!" Sang anak teruna menunjuk-nunjuk gambar Ultraman pada baju tidurnya.

"Ye la Imran. Ultraman. Malam tadi tidur mimpi Ultraman ye?"

*****************************************

Adeh! Mama sudah mula pening kepala dengan gelagat Imran bersama Ultraman nya. Pantang nampak baju Ultraman, mesti nak pakai. Dan-dan tu jugak! Nasib baik nenek dan auntie belikan 3 pasang baju Ultraman untuk Imran.

3 comments:

mamaDhea said...

ok lagi laa beb si imran minat ultramen.. klu anak aku? dhea.. hahaha.. pandai plak tu bezakan ultramen max laa, dyna laa, tiga laa.. ekekeke

~Umi.Sufira~ said...

Owh!MEN MEN tuh ultraman ker..kekeke..

Unknown said...

mamaDhea: wahhh.. lagi advance!

roza: Haah. Nak sebut ultraman tu kan ke pjg. sebut men aje le. hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!