Thursday, March 12

Adab Di Meja Makan

Bagaimana anda mengajar anak anda adab sopan di meja makan?

Anak teruna ku itu tersangat hyper ketika di meja makan. Makan bersepah satu hal. Kendian dicampak-campaknya makanan tu ke mana-mana secara rawak. Huhu. Panjat-panjat kerusi, panjat-panjat meja pun merupakan perkara biasa bagi anak teruna saya itu.

Apa yang perlu saya buat untuk sekurang-kurangnya mengurangkan tahap ke'aktif'an dia di meja makan?

Warning sudah, kadang-kadang ku piat juga anakku itu. Apa lagi langkah seterusnya?

Agaknya orang lain kalau tengok pe'el anak saya mesti diorang akan kata, "mak bapak tak ajar anak makan elok-elok". Kan?

Paling sadis ialah ketika sesi mengemas meja makan. Sungguh horror. Sungguh sakit pinggang.

Any tips?


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!