Friday, July 23

No More Old Town White Coffee okey!

Sumber dari Kosmo!

 


KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.

Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.

Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.

Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.

Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.

Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.

Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar.

16 comments:

m-i-o said...

dulu ada gak sekali dua minum kat kopitiam yg dimaksudkan. minum kopi, dan makan set roti bakar. yg bab menu lain memang tak berapa berani nak jamah. hahaha!

tp sekarang memang dah tak pegi langsung. sebab heboh cakap dalam suratkhabar, byk kopitiam tak dapat status halal. yg dihalalkan cuma 2-3 kopitiam aje, itupun mak tak pernah dengar namanya.

Unknown said...

mak pun tak pernah makan benda2 lain kat kopitiam tu. takat minum kopi aje lah. tang kopitiam halal pun mak tak sure namanya, kecuali pak hailam kot. yang ada gambo misbun sidek tu. tapi kesahihannya tak tau le betul ke idak.

i.s.z.a.n said...

aku dah lama haramkan SEMUA kopitiam sejak email nissin mee dulu tersebar.

Unknown said...

iszan,
yahhh mari kita ban beramai-ramai!

cc said...

sis,
OTWC mmg bnyk keslah. kes sijil halal lain, kes makanan import dari china tak de tanda halal, bnyk lg la...

sy mmg tak prnh jejak kaki kat old town. gmbr kaki katak tu sgt menjijikkan la, tgk pun dah terasa nk muntah

Unknown said...

CikChelsea,
memang geli tengok kaki katak tu. kalau saya jadi student tu agaknya, bukan takat muntah, siap berdiri atas kerusi/meja lagi gamaknya. hehe.

Rizza said...

hahhahhaha.. aku tumpang gelak boleh..
tu lepasal.. nak makan kedai yg mcam "class" nama english.. hehhe
tu semua kedai kana cina..
umpama kedai makan "Ah Cheng" tapi tuko style dan tu kar le apa2 yg patut.. nampak grand.. boleh le kasih org melayu makan.. heheh

dah sah2 le tak apply halal jakim.. tukang masak @ cara masak tak ikut peraturan.. tu yg pakai sijil Halal lain (yg dpt satu ..yg lain leh pakai)..

oh ye.. jgn le korang2 percaya sgt kopitiam2 ni.. semua tu kedia makan cina.. yg melayu punya hanay satu atau dua...

pak hailam tu cina punya ... en wong punya

kalau emalyu punya .. ade kat bangi ni rasa nye tak pernah pergi.. dia taulis "hak milik bumiputera" cina mana berani nak tulis bumiputera .. tu yg di bengang nye ngan melayu...
hehehe

enth2 memang ade menu dalam tylisan cina yg kita tak tau apa2.. entah2 menu tu tulis,.. nasik goreng katak.. atau babi goreng.. hehhe.. entah2 sebelum dia masakkan makanan org tu.. dia dha buatkan nasik goreng katak kat kwan cina dia.. tak basuh kuali.. terus je ceduk.. masak lagi.. hehehhe

hati2 la ye....

OTWC tu Ngah ke Ngeh yg punya... org D4P... makan le lagik org tu..
(jahat betul aku ketawakan org..)

aku pernah le masuk bangi kopitiam.. tu pun sebab kawan buat meeting kat situ... aku tak order pun apa2 kecuali mineral water.. aku rasa nak muntah je tgk kawan2 order macam2.. heheh. sebab aku tak yakin status halal nye...

sorry zety.. komen melampau ..hehhe

Anonymous said...

mak pon dah lama giler tak jejak old town kopitiam tue.. sejak dgr pasal lesen halal seme tu laa.. :D



sya aka mamaDhea
p/s: kes malas nak sign in.. hihi ;)

Liyana said...

salam kenal, saya lompat dr blog kak ana..
saya tak pernah la plak masuk kedai2 kopi camtu, sbb mmg saya duk berasa kedai itu bukan muslim punya..hati rasa was was..(lagi teruk dr org yg duk obersi plak. kita dlm negara yg majoriti islam plak kena lebih waspada)..

Unknown said...

sibbaik saya bukan penggemar kopitiam... hehehe...
sy gemar sbnarnya tp cik hubby tak suka.. so, dok diam2 ajolah...
huhuhu...
kawan sy yg suka gi sini terus loya2 sbb dia pun suka menu yg sama... erkss..

ena said...

da lama boikot kopitiam ini.. sbb kes perkauman dia dan status halal yg diragui tu.. kalo musim2 rendu kopi, minum kat kopi 434 je la haha

ibu wawa said...

dahsyatnya...

geli pulak rasanya bila tengok kaki katak tu.
mungkin ada hikmahnya cite ni supaya umat Islam sentiasa waspada bila nak makan kat kedai yang agak ragu2 kehalalannya.

Unknown said...

kak rizza,
uih memang pjg komennya. hehehe. but i loike!

kitorang satu family pun memang tak jejak dah kopitiam-kopitiam nih. ngeri!

mamadhea,
ola! lama tak nampak? :)

liyana,
salam kenal juga! :)
itulah. jangan kata kopitiam, kedai mamak pun banyak yang buatkan saya was was. kalau kedai melayu pulak, tang pelaris yang kotor-kotor tu pulak jadi isunya. sudahnya, mari kita memasak! :P

Unknown said...

lailasani,
erk... kalau saya jadi dia pun, sure saya loya2 40 hari 40 malam!

ena,
buat kopi hang tuah pon sodap!

ibu wawa,
memag geli kan? masa memula tengok gambar ni rasa macam nak termuntah pun ada.

lia said...

blkng opis aku kat cyber ni, ada la otwc ni... opismate aku sukak gler makan c2 tp ada 2org opismate aku da kantoi, satu lori kontena putih datang hntar barang, angkat kotak tulis 'pork meat'

still depa p lagi ;(

xtau la apa depa pk... org islam tu...

Unknown said...

lia,
ye ke weh??? gila ah... patut amik gambar kotak tu, hantar kat suratkhabar. eishhhh... tambah2 geli aku weh! nape opismate ko still pi lagi??? sedihnyaaa....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!