Tuesday, March 17

Family Member

Malam tadi kami satu family ke Pasaraya Bintang, Seksyen 7. Seperti biasa Imran duduk di carseat nya di depan. Elok je kereta bergerak, abah berborak dengan mama. Imran pulak membebel sorang-sorang. Sambil borak, mama pasang telinga nak dengar apa yang Imran bebelkan.

"Mama, bapak (abah), ma (irma), nieniek (nenek), tuk (atuk) ma-wan (mak wan), -nti (aunty) bla bla bla..."

Hahaha. Mama dah start gelak dah. Rupa-rupanya Imran sebut semua family member yang dia tahu.

Dah jadi rutin bila dalam kereta mama sebut nama family and Imran ikut. Tapi kali ni belum sempat mama cakap apa-apa, Imran dah sebutkan dulu.

Agaknya dia pikir, 'sebelum mama dok sebok-sebok suruh aku ikut apa yang dia cakap, baik aku sebut SEMUA nya dulu. lepas ni takdek la mama suruh cakap lagi'. Kehkehkeh.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!