Monday, March 16

Laporan Serangan Ke Atas Imran

Ini gambar-gambar basi lama yang diambil beberapa bulan yang lepas, masa Irma berumur dalam dua bulan lebih. Baru transfer ke PC hari ni. Ngehngehngeh.

Helo. Nama saya Irma. Belakang tu abang saya, Imran bersama puting kesayangannya.
Oppsss... sekarang abang Imran dah 'paci? no more...' laaa... lupa pulak saya.

Tiba-tiba abah saya datang 'menyerang' abang Imran. Nampak tak abang Imran cuba menangkis serangan abah?
Saya malas nak layan so saya cebik aje.... :P


Hmm... apa sajaaa laa yang abah dan abang Imran ni buat.
*Hiyarghh... Dush! Dush!* --> sound effect dalam cerita ini.

Tengok ni kawan-kawan! Abang Imran melakukan teknik serangan 'Kuak Lentang Peringkat ke-3' nya ke atas abah. *Yahhh!!!*


Abah pasrah atas kekalahannya kepada abang Imran.
*Makan abah! Aummm!*
Padan muka abah. Siapa suruh kacau Imran. Haha.
Nampaknya serangan abah tidak menjadi, sebaliknya abah yang diserang semula.
Sekian, saya Irma melaporkan dari (daripada?) tempat kejadian.



P/S: Cuba tengok rambut Irma masa ni. Mencacak-cacak kan? Hehehe. Sekarang ni rambutnya sejemput aje. Kalaulah lebat macam dulu kan best.





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!