Friday, March 6

Pulas Paha Bayi

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan patah kedua-dua paha selepas dipercayai didera ibu kandungnya sendiri berusia 36 tahun.

Kejadian menimpa bayi berkenaan, anak bongsu daripada dua beradik itu terbongkar selepas doktor yang merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, mengesyaki mangsa didera ketika dibawa ibunya dipercayai isteri kedua untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat aduan polis, pada 14 Februari lalu.

Difahamkan, hasil pemeriksaan X-Ray dilakukan doktor itu mendapati kedua-dua paha bayi berkenaan patah dan ibunya ketika itu memberi alasan kononnya anaknya terjatuh dari katil di rumah mereka.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata doktor berkenaan yang curiga dengan alasan diberikan ibu mangsa terus membuat aduan di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.40 malam hari sama.

Menurutnya, selepas dua minggu iaitu pada 2 Mac lalu, sepasukan doktor yang membuat pemeriksaan semula secara terperinci terhadap mangsa mendapati ada unsur didera ibunya termasuk kedua-dua paha bayi itu seolah-olah seperti dipulas hingga patah.

Beliau berkata, berikutan keterangan doktor terbabit, pihaknya membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian pada keesokan hari.

“Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 36 tahun adalah isteri kedua yang tinggal di Taman Sri Desa, Gong Badak, namun sudah menghilangkan diri selepas menyedari tindakannya diketahui polis.

“Bagaimanapun, pada 14 Februari lalu ketika aduan polis dibuat, kami sudah bertemu wanita berkenaan untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, suspek memberitahu kejadian itu berlaku akibat bayinya terjatuh dari katil dan cuba mengurut paha mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, bayi itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan, cuma kakinya masih bengkak.

“Kami meminta wanita berkenaan tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.


Aduii kesiannya baby tu! Apa punya mak daaa buat cenggitu kat anak sendiri?!

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Memang kejam betol emak dia tu..Tak tahu la apa nak jadi dunia sekarang ni...
Saya nak menjemput singgah ke http://rosestreat.wordpress.com/ Ada promosi COACH wristlet start from RM1.00 aje. Jemput la singgah ye ke http://rosestreat.wordpress.com/

MS said...

kejamnya.

btw ko d taq sila ambil

Ina Hashim said...

masyaAllah

eeee kejamnyaaaa
tergamak hati buat anak sendiri mcm tu...eeeeeeeeeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!