Monday, February 14

Tak Baik, Dek Non!

Macam-macam kisah dalam dunia blogger sekarang ni. Takut pulak nak cerita lelebih pasal aktiviti harian dalam blog picisan saya ni. Ye lah, kang mana lah tau kot-kot kisah harian kita ni boleh jadi bahan umpatan orang pulak satu hari nanti. Hati orang mana kita nak tau hitam ke putih kan?


Blog ni bagi saya online diari saya. Walaupun bukan semua benda saya cerita, tapi kebanyakannya saya tulis sebagai catatan peribadi dan kenangan saya sebab saya ni pelupa orangnya :P. Saya rasa kebanyakan blogger pun macam tu jugak. Terpulanglah apa benda yang diorang nak tulis pun.


Kalau tak suka baca blog diorang, klik ajelah X kat belah atas kanan tu. Tak payah nak canang-canang cerita dia kat orang lain. Siap sentuh isu-isu yang sensitif dan sangat peribadi. Tak baik, dek non!


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!