Wednesday, March 11

Cuti-cuti Penang

Minggu lepas kami satu family pi Penang. Asalnya nak melawat kawan mak aku. Tapi kawan mak aku tu pulak datang KL. Memandangkan bilik semua dah ditempah, maka kami teruskan jugak le perjalanan ke Penang.

Sabtu, bertolak pukul 9 pagi. Sampai sana nak dekat Maghrib. Oh tapi sempat pulak singgah ke rumah mertua sepupu aku kat Taiping. Lunch kat sana.

Nak dekat-dekat sampai jambatan tu, mak aiii... jem tak ingat punyalah. Lepas tu, kelam kabut pulak mencari hotel. Well, not actually hotel la. Kami duduk di Kompleks Tabung Haji. Satu malam RM140 untuk bilik superior dia. Not bad huh? Kompleks Tabung Haji tu terletak kat Bayan Lepas, which is agak jauh jugak le dari Georgetown. Means, agak payah le nak berpoya-poya. Kehkehkeh.

Malam tu, kekononnya nak makan kat Gurney Drive. Tapi bila sampai sana, kulihat banyak gerai Cha Ya Nun Alif belaka. Ada orang kata halal, betulkah? Kami tak berani le ambik risiko. So kami nak pulak ke Padang Kota. Pusing punya pusing punya pusing, tak sampai-sampai jugak. Sesat barat dibuatnya. Minta maaf ye orang Penang tapi...pening sungguh dengan jalan kat Penang ni! Sudahnya kami makan kat gerai seafood mana tah. Duhh... takat tomyam kat Shah Alam ni bila-bila pun boleh pi. Tapi apakan daya kami ni mengikut ajer.

Malam, kami tidur bertiga aje. Imran awal-awal lagi dah kena kidnap dengan atuk dan nenek. Owh, Irma tidur sangat nyenyak sampai tak berjaga langsung malam tu. Penat sangat kot. Aku ni pulak, kalau tidur tak dengar suara Irma melalak, memang aku pun sama hanyuttt la sampai ke pagi. Kehkehkeh.

Hari Ahad. Bersemangat nak cari breakfast. Siap awal-awal pagi, naik kereta bagai. Keluar je gate Kompleks Tabung Haji tu, ternampak gerai. Terus park kereta kat situ je. Hahaha. Jauh sangat la tu konon. Aku dan En. Abah pepagi lagi dah makan nasi kandar. Lepas breakfast, hantar food kat adik-adik dan sepupu aku, pastu kitorang chow pi cari Tesco. Memula ingat nak ke Giant sebab dekat tapi masa tu baru 8.45am. Giant bukak 9.30am. So ke Tesco le. Konon. Susu Imran dah habis. Ini le yang payahnya kalau anak on FM. Apakan daya ku redha....

Alkisahnya malam yang kitorang sesat tu ada la ternampak bangunan Tesco tepi highway tu. Konfiden la pagi ni boleh pi. Jalan punya jalan punya jalan, aisehmen... sesat lagi daa... Hahaha. Harus ku beli GPS lepas ni. Last-last kami singgah ke Giant dekat-dekat dengan hotel kami tu jugak. Hahaha. Lawak betul rasanya. Masa tu 9.15am. Tunggu le sekejap.

Masuk Giant pun boleh meroyan hokeh. Lepas beli susu Imran, beli pulak Nestum Irma. Terpaksa walau hatiku tak suka. Ku takde slow cooker. Maklumlah orang tak pernah travel melancong ke hape. Lepas tu En. Abah pulak beli instant noodle dalam cawan. Buat isi perut yang makin melebar itu. Hahaha. Beli jugak telur ayam 10 biji. Untuk dimakan bersama instant noodle dan buat separuh masak. Pastu beli pulak air yogurt. Kan abah kena makan benda yang berkalsium...

Selepas meroyan kat Giant, balik ke hotel. Plan hari ini ialah ke Bukit Bendera dan Batu Feringghi. Oh ye lupa nak cerita. Rombongan Cik Kiah kami ialah 9 dewasa, 2 kanak-kanak dan 3 bayi. Bayi means 3 tahun ke bawah. So biasalah budak-budak banyak ragamkan. Maka lambatlah bersiap hendaknya.

Sampai kat Bukit Bendera, En. Abah yang beratur beli tiket. Punya la panjang barisannya. Aku pulak melayan Imran yang ternampak topeng 'Men' yang dijual kat tepi tu. Aiseh. Tak habis-habis dengan 'men' dia. Belikan aje la. RM2, plus yang lama tu pun dah koyak. Kembali ke barisan yang panjang tu, alamak... tak best betul la.

Hmm... tak best nape ye? Nantikan sambungannya okeh. Ku nak buat air + oat ni.

To be continued...


1 comment:

Opie said...

kan aku dah kate...kalu tak familiar kat penang, susah nak carik makan...mmg ade kedai cina yg halal...cume kite je was was...hihihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!