Monday, October 12

Sesuatu II

Memang dua tiga hari ni saya asyik rasa tak sedap hati. Semuanya kerana ini.


Saya, En Abah dan Irma akan naik flight yang berlainan dengan Imran, sebab tiket semua habih.


Mula-mula memang rasa, takpelah, atuk nenek nya ada nak menjaganya.


Tapi sejak dua tiga hari ni, lain pula rasa hati saya.


Lebih-lebih lagi, perangai Imran yang agak berbeza sepanjang hujung minggu lalu.


Biasanya dalam kereta Imran suka lepas bebas. Ya, sekarang dia takmo duduk car seat. So dia duduk dengan saya di belakang dengan Irma.


Tapi bila dia duduk kat belakang biasanya dia suka main-main. Tak suka saya peluk dia ke apa. Tapi hujung minggu lepas Imran asyik nak mengendeng saya sampaikan Irma naik jeles.

"Mama, dok mama" (Mama, nak duduk dengan mama)


Memang sesuatu yang tak pernah berlaku sejak Imran dah besar sikit ni, dia nak duduk dengan saya. Siap peluk saya, tidur atas riba saya.


Hati saya cukup pelik dengan sikap Imran.


Ditambah pulak dengan rasa berdebar-debar yang amat sejak dua menjak ni.


Saya beritahu En Abah. En Abah pun jadi risau sama. Masa lunch hour tadi kami dok bincang, apa yang patut dibuat.


Kalau nak juga Imran naik dengan kami, alamatnya leburlah RM seribu lebih. Dengan keadaan kami sekarang ni, RM1k++ amat amat amat besar nilainya.


Tapi, kata En Abah, duit boleh dicari. Tapi anak????


So kami decide nak cuba juga pujuk parents saya supaya benarkan Imran naik dengan kami. Biarlah kena bayar lebih pun.


Selepas lunch hour, saya try call mak saya. Mak saya kata, Insyaallah takde apa-apa. Buatlah sembahyang minta tolak bala.


Hm.. memang lah mudah nak cakap macam tu. Tapi lajunya jantung saya ni berdegup Tuhan aje yang tahu. Susah nak describe apa yang saya tengah rasa ni.


Sudahnya, mak saya hanya berkata, "Ikut suka koranglah." Kemudian telefon pun diletak. Maksudnya? Paham-pahamlah sendiri.


Saya cerita semula kepada En Abah. Menangis-nangis saya bercakap dengan En Abah dalam telefon. Ya, saya memang cengeng. Kuat menangis.


Reply dari En Abah?


"Macam nilah, kita kena yakin ajal maut di tangan Tuhan," masa ni saya menangis lagi. Dengar perkataan 'ajal maut' sangat horror okeh.

"Ye lah kan. Lagi pun, kalau kita book lagi tiket untuk Imran, membazir pulak. Lagi bertambah tak elok." Membazir kan sahabat syaitan. Masa ni saya masih teresak-esak.


Entah apa agaknya kalau orang kat ofis saya pikir bila nampak saya menangis-nangis bercakap dalam telefon.

"Takpelah. Awak rest dulu."

"Ok."

"Malam ni saya akan start buat Istikharah sampai dapat petunjuk."

"Ok."


Masalahnya, walaupun saya dah cuba ikut suggestion En Abah, tapi hati saya masih rasa tak sedap, masih berdebar-debar.


Over ke saya ni? Patut ke saya abaikan rasa tak sedap hati tu?


Apa yang patut saya buat ni?




14 comments:

cysev3n said...

mmg speechless.

KV said...

entah lah, nak komen pun tatau nak cakap apa. Apa pun, kv doakan semuanya selamat. Insyaallah.

Fara said...

buat yg terbaik..doa minta petunjuk allah.

tp agree dgn husband zety, ajal maut mmg d tgn tuhan. walau mcm mana pn klu Dia nk ambik sesaat kita tak bleh halang kan.

harap semuanya selamat.

Ina Hashim said...

emm...mesti susah hati kan?
to me..from a mother to a mother--->follow your heart,
and it will lead you to the answer

Unknown said...

CY,
memang speechless. lagi2 bila nak bersoal jawab dengan mak sendiri. huhu.

kv,
terima kasih.

fara,
rasanya, inilah yang terbaik. dah usaha mana yang boleh dah. selebihnya, tawakal...

kak ina,
mmg nak follow my heart, tapi halangannya tu yang susah nak bolos. heh.

~Umi.Sufira~ said...

Buat istikharah adalah pilihan yang terbaik...semoga diberikan petunjuk terbaik..

Opie said...

doa je byk2 zety...tp aku kalu setiap kali nk travel jauh, mmg ade perasaan berdebar gitu...ye la, ape yg nk terjadi kite tak tahu..harap2 ko dapat le jawapan lepas buat istikharah tuh

Nieza Ishak said...

Zety,

kadang2 kalo kita berdebar2 sbb kita terlampau memikir sgt ... nak2berkaitan dgn anak & kita kurang percaya dgn org lain

cuba take it easy ... biarkan masa yang menentukan disamping tue berdoa la ..

insyaallah takde apa2 ...

Nieza Ishak said...

Zety,

kadang2 kalo kita berdebar2 sbb kita terlampau memikir sgt ... nak2berkaitan dgn anak & kita kurang percaya dgn org lain

cuba take it easy ... biarkan masa yang menentukan disamping tue berdoa la ..

insyaallah takde apa2 ...

Nieza Ishak said...

Zety,

kadang2 kalo kita berdebar2 sbb kita terlampau memikir sgt ... nak2berkaitan dgn anak & kita kurang percaya dgn org lain

cuba take it easy ... biarkan masa yang menentukan disamping tue berdoa la ..

insyaallah takde apa2 ...

Nieza Ishak said...

Zety,

kadang2 kalo kita berdebar2 sbb kita terlampau memikir sgt ... nak2berkaitan dgn anak & kita kurang percaya dgn org lain

cuba take it easy ... biarkan masa yang menentukan disamping tue berdoa la ..

insyaallah takde apa2 ...

Nieza Ishak said...

Zety,

kadang2 kalo kita berdebar2 sbb kita terlampau memikir sgt ... nak2berkaitan dgn anak & kita kurang percaya dgn org lain

cuba take it easy ... biarkan masa yang menentukan disamping tue berdoa la ..

insyaallah takde apa2 ...

Unknown said...

US,
Amin...

Opie,
Itulah. Hopefully rasa berdebar tu sebab rasa cuak nak travel aje lah kot.

Nieza,
Mungkin jugak la kot terlalu memikirkan pasal anak. Huhu.

lia said...

aku doakan semuanya selamat pergi dan balik ke kediaman korang.... apa2 pon doa pada Yang ESA ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!