Topik pagi ni kat radio ialah hutang. Kenapa berhutang, apa puncanya? Saya sekadar sempat dengar komen pemanggil pertama je.
Rasanya zaman sekarang ni memang tak boleh nak elak daripada berhutang, especially rumah dan kereta. Itu memang dah keperluan lah kan. Tapi tang hutang-hutang lain tu, memang banyak lah yang kita kena fikirkan sebelum berhutang. Keperluan ke kehendak?
Kenapa hidup kita end up dengan berhutang keliling pinggang? Banyak sebab kot. Ni antara yang saya boleh fikirkan, berdasarkan pengalaman diri sendiri dan orang lain.
Credit Card (CC)
Credit card senang benau nak dapat. Gaji dalam RM1500 sebulan dah boleh sambar satu CC. Mula-mula memanglah berjanji kat diri sendiri - oh guna CC ni untuk isi petrol je; time emergency gila babeng barulah guna; lepas swipe CC nanti aku terus bayar balik etc. Macam-macam lah tabur janji kat diri sendiri kan.
Taaapiii, bila sekali dah swipe CC, rasa syok pulak kan. Beli pulak macam-macam. Beli baju lah, handbag lah, TV lah. Kalau mampu bayar balik takpelah jugak. Ni asyik-asyik buat minimum payment je setiap bulan. Interest bukannya makin berkurang. Mula-mula bayar RM50 je setiap bulan. Lepas tu swipe lagi dan lagi dan lagi. Elok-elok minimum payment RM50, terus jadi RM500 sebulan. Hoh.
Personal Loan
Bila hutang CC dah makin mencanak naik, mulalah menggagau cari duit sana sini. End up buat personal loan bayar hutang CC. Bagus sebenarnya ambil langkah gitu. Ye lah, interest personal loan jauh lebih rendah daripada interest CC kan. Yang TAK bagusnya, jumlah personal loan yang diambil jauh lebih tinggi dari jumlah hutang CC. Kononnya nak guna untuk benda lain jugak. Lepas tu, hutang CC tu TAK HABIS bayar pun. Katakan total hutang CC RM5000, tapi bayar RM3000 je. Lagi RM2000 apo cito? Duit personal loan pulak habis diguna untuk benda lain.
Sudahnya kena tanggung 2 jenis hutang dengan 2 interest yang berbeza. Ah sudah. Naya, naya. Interest untuk CC masih lagi kena caj. Personal loan tetap kena bayar. Ibarat gali lubang tutup lubang. Tapi lubang yang ditutup tak habis kambus. Tutup separuh je.
Kereta
Beli kereta nak yang besar. Nak yang laju. Nak yang bila lalu depan orang lain, orang lain kata, "fuyoh dasat la lu pakai kereta nih!"
Oh pembelian kereta ni kadang kala akibat pengaruh/tekanan orang lain jugak. Family suruh beli kereta A, padahal kita cuma mampu beli kereta B.
Ataupun, kawan-kawan yang seangkatan dengan kita pakai kereta mahal, kita pun nak pakai kereta mahal. Tak main lah kereta Kancil/Viva. Entah kawan kita tu gaji memang besar, ataupun dia sendiri menanggung hutang dek kerana nak pakai kereta besar kan.
Bila tak mampu bayar, kereta pun kena tarik. Bila kereta kena tarik, kenalah bayar hutang tertangguh tu. Mana pulak nak korek duit untuk loan kereta yang 3-4 bulan tu kan? Bukannya sikit. Ah sudahnya pinjam duit FAMA, takpun keluarkan cash advance CC. Takpe lepas ni amik lagi personal loan.
Dan roda pun berpusing.
Rumah
Rumah merupakan salah satu bentuk pelaburan yang baik, bukan saja berbentuk pendapatan (sewa/jual), tapi juga pelaburan untuk kita satu family hidup dengan lebih sempurna. Loan rumah memang sesuatu yang tak dapat dielakkan. Bezanya, mampu atau tidak kita nak bayar bulan-bulan tu?
Tang beli rumah, macam beli kereta jugak lah. Kadang-kadang dek tekanan/pengaruh family/kawan-kawan, kita pun belilah rumah. Rumah yang sebenarnya masih belum layak untuk kita. Sudahnya bayaran bulanan jadi tinggi, kita pun menggigit jari.
Again, bila loan yang pending tu makin bertambah, interest pun bertambah, mulalah cuak korek duit sana sini.
Roda pun berpusing lagi untuk kesekian kali.
Lifestyle
Pengaruh orang keliling ni kuat tau. Jangan kata orang yang depan mata kita kat ofis, pengaruh rakan-rakan blogger pun sama kuat jugak.
Memang syok je rasa tengok orang tu pakai handbag ni, kasut tu. Semuanya mahal-mahal NM. Sesekali terfikir, eh aku pun nak beli yang ni jugak lah. Maka mari kita swipe CC. Oh hutang hari tu masih berbaki RM2000, ni swipe lagi. Harga? Hmm... no comment. Bukan keperluan pulak tu.
Anak orang lain pakai diaper Mamipoko, anak kita pun WAJIB pakai diapers yang sama. Baru stended maaa.... Anak orang lain baju lagi mahal dari baju kita ni, anak kita pun tak boleh kalah! Kena pakai baju mahal jugak. Huu...
Hutang CC bertambah, selaras dengan cara kita memenuhi kehendak hati.
Dan roda pun berpusing lagi dan lagi dan lagi.
Ini aje lah yang dapat saya fikirkan buat masa ni. Apa pendapat korang? Ada apa-apa lagi yang patut ditambah?
Oh apa yang saya bebelkan ni semua berdasarkan pengalaman saya dan pemerhatian saya saja ye. Kot karang ada pulak yang terasa ke apa kan, ku mohon maaf awal-awal dulu :)
Tetiba rasa stress pulak bercakap pasal hutang ni. Hahaha.
16 comments:
hutang rumah adalah berbentuk kekal.. takleh nak buat apa
satu kupasan yang menarik mak nak c&p leh haha
ZZ,
agree sgt2 ngan ko, yang pentingnya sometimes kene tutup mata bila tgk kawan2 pakai itu dan ini...
kiranya kawal nafsu lah...tapi manusia,kan...sometines terlajak jugak...
memang stress bila cerita pasal hutang...
sweetdarling,
kekal tapi harus dikawal :)
mama adib,
sila sila :)
ila,
kalau ikut kes aku, bukannya kadang2 je kena tutup mata, tapi selalu! hehehe.
agree!! kalau nak tutup hutang kena kuat semangat..takleh layan sangat nafsu.
like this n3 very much. Setuju sesangat...
Apa pun salam kenal...
takde cc sbb masalah mudah terpengaruh..ahahaha...aku beli 'waktu' aku mampu je, tak mampu kaluuu tutup mata la...
Farah,
tapi tang menahan nafsu tu lahhh yang paling susah. huhu.
yus,
salam kenal juga :)
as,
nak ada cc iman kena kuat. hehe.
ZZ,
I made a link to this entry coz I like the way you elaborate the topic. Hope you don't mind:)
hutang mmg xbleh nk lari kn...kalau x berhutang xder plak aset..hope kita pandai uruskan kewangan dr diri merana dek utang2 nih
heheh.. begitulah adat kehidupan hampir kebanyakan rakyat mesia... ;)
Kami serik takde CC, hahaha bleh?
pernah sekali masa nak blk dr kg ke KL, takde atm yg berfungsi..kami takde CC.. sejak 3 4 hari sebelum D day, kami dah cari duit sana sni, tp ATM tetap takde yg berfungsi.. dr Rantau Panjang kelantan, kami singgah pasir mas, dan setiap bandar yg ada utk cari ATM, sebijik pun takde yg berfungsi, either rosak atau habis duit..tank petrol plak ada separuh ja. kena jimat sampai takleh guna air cond, tak leh speed, maintain speed..sampai la ke Raub, baru ada ATM.. punya la risau sepanjang2 dlm hutan kat Kuala Krai tu.. so lps ja hari tu terus apply CC..payung sblm hujan..
sampai hr ni dah 2 tahun lbh guna CC, tp ok no prob.. sbb kami tak nampak CC sbg duit. kalau guna terus bayar.. mmg untung bila bayar full, dapat rebet petrol bagai..
Ila,
silakan :)
zimironamia,
financial management ni memerlukan kerjasama dua pihak - husband & wife. kalau harapkan satu pihak je uruskan semua, agak terkontang-kanting jugak le kan.
kakyong,
betul3. termasuklah saya hehehe.
liyana,
cc ni sebenarnya sangat berguna bagi yang bijak menggunakannya. mana yang selalu kena oustation tu, cc lah yang banyak membantu. ye dok?
yang penting, pandai guna, pandailah bayar (penuh). yang susahnya kalau asyik buat minimum payment aje. tak effect banyak pun kat baki hutang tu. sebab nanti akan tetap kena interest jugak. belum campur macam-macam charges oleh pihak bank lagi. management charges lah, itulah inilah.
jadilah pengguna yang bijak *tetiba* :)
hehehehehhee.. :D
knv,
adakah 'hehehehe' itu sambungan kepada 'hahaha' saya? :)
Post a Comment