Thursday, April 16

Kali Pertama Kulihat Wajahmu

Ohhh... mak baru perasan yang mak ditag oleh Cikgu Intan. Mintak ampun baru sekarang nak buat. Hahaha.


Rule #1:

Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..


Imran - setengah jam selepas melihat dunia. Lihatlah kepalanya ada sikit lonjong sebab kena vacuum.





Irma - tak sampai sejam (tak ingat le) selepas lahir. Baru lepas nenen yang pertama.


Nota: Samakah rupa dua beradik nih? Doktor yang menyambut diorang ni (ya, doktor yang sama) kata muka diorang sama. Ye ke?




Rule #2:

Letakkan butir ini :

Anak Pertama

Nama penuh : Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin
Nama Panggilan : Imran/Danish/Abang Imran
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 5 Mei 2007
Tempat Lahir : Poliklinik Syahirah, Seksyen 7, Shah Alam
Berat Lahir : 3.60kg
Cara Kelahiran : Normal-Vacuum



Anak Kedua

Nama penuh : Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
Nama Panggilan : Irma/Adik/Ma/Gegerl
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 24 Mei 2008
Tempat Lahir : Poliklinik Syahirah, Seksyen 7, Shah Alam
Berat Lahir : 3.15kg
Cara Kelahiran : Normal


Rule #3:

apakah harapan korang pada anak ini..

Jadi anak-anak yang soleh & solehah, jadi insan yang berbakti kepada kedua ibubapa, agama, masyarakat, negara. Sentiasa ingat dan rapat dengan family, jadi anak yang bijak, cerdik, pandai, berilmu, segala yang baik-baik belaka lah.


dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Ohhh saya tak kisah anak-anak saya nak jadi apa. Asal jangan jadi artis atau yang berkaitan dengannya, asalkan kerja tu halal rezekinya. Yang penting adalah kerjasama anak-anak mama ni haruslah memberikan yang terbaik dalam segala apa jua bidang yang dipilih serta mampu berikan mamanya ni duit yang banyak tiap-tiap bulan.



Rule terakhir....

Mau tag siapaaaa???

Rasanya semua orang dah buat kot. Tapi kalau sesiapa yang belum buat tapi nak dibuat, dipersilakan....





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!