Wednesday, April 29

MC dan Warehouse Sale Itu

Sejak Isnin, kepala dah rasa 'weng'. Didatangkan dengan pakej loya-loya-tapi-takmo-keluar-muntah. Masa berbaring pun masih rasa pening.


Maka saya pun MC lah semalam.


Terlupa pulak ada warehouse sale yang menarik itu. Kalau tak, akan ku gagahkan juga untuk ke sana walau migraine ku bagai nak pecah kepala rasanya. Huhu.


Tadi ada hint kat En Abah pasal warehouse sale tu, berkemungkinan lepas office hour lah agaknya saya akan menjengah ke sana. Kalau sempat. Ataupun, mungkinkah saya patut isi borang keluar pejabat? Hehe. Dah lah MC semalam, mahu keluar pejabat pulak hari ni. Tak patut, tak patut.


Tapi, hati meronta-ronta mahu ke sana. Arghhh!


4 comments:

Ina Hashim said...

pening2?
mual2?
ada apa2 ke zety hihi

MN said...

sale itu memang best! :)

Unknown said...

"pakej loya-loya-tapi-takmo-keluar-muntah" ~ apa kah petandanya ini....?/!!

Unknown said...

kak ina & kak yong: ohhh bukan bukan bukan kerana 'itu' lah. hahaha. migraine biasa aje.

mrs noba: memang! sangat best!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!