Sunday, June 7

Jalan-Jalan Cari Pasal

Hari ni ada wedding kat Saujana Utama, Sungai Buloh. Lepas pi wedding ajak En Abah bawak anak-anak ke MidValley. Konon-konon nak bawak tengok binatang kat petshop (apa nama kedai tu ek? lupalah).


Sampai kat MidVal umat manusia punyalah ramai. Terlupa pulak sekarang ni tengah cuti sekolah. Macam-macam booth jual mainan ada. Si Imran pulak, asal nampak je booth jual mainan, kedai mainan dan seangkatan dengannya, sesedap hati dia je tarik tangan En Abah ke kedai-kedai tu.


Sampai kat Toy City itu anak teruna tarik masuk ke bahagian jual kereta kontrol. Ah sudah... macam orang gila la dia berlari sana sini. Tunjuk kereta tu, 'Vroom!'. Tunjuk kereta ni 'Vroom!'. Payah jugakle nak memujuknya keluar.


Punyalah eksaited dengan macam-macam kedai mainan yang berwarna-warni, sampai kat satu kedai ni pun dia tarik En Abah suruh masuk. Nak tau kedai apa? Haaa... kedai yang dekat dengan Food Junction, sebelah Sushi King tu lah! Kedai kondom! Wahahahaha. Aku dah tergelak tengok Imran tarik En Abah ke kedai tu. Just boleh kata, 'Eh Imran! Kedai ni Imran takleh masuk!' Hahahaha.


Sampai kat petshop punyalah ramai manusia. Dah jadi macam zoo pulak kedai tu. Hohoho. Imran eksaited tengok ikan dengan prairie dog. Lepas selesai acara melawat zoo petshop, pi makan kat Carl's Junior. Beli satu set aje. Makan ramai-ramai. Burger dia kan bapak besor. Tak larat mak nak habiskan sesorang.


Nak balik, Imran dah penat. Budak ni bila dah penat senang je solutionnya. Dia baring tengah jalan! Huhu. Pedulik hape dia dengan manusia lalu-lalang. Nasib baik tak kena pijak. Naya betul! Nak tak nak, terpaksa la En Abah dukung budak kecik 15kg ni ke carpark. Punyalah hazab. Sampai dalam kereta, En Abah terpaksa berehat dulu sebab termengah-mengah. Hihi.


Sampai rumah, En Abah dah surrender dulu. Terkulai layu di tasik madu atas sofa sebab penat. Aku pun penat gila. Padahal takde la ke mana sangat kat MV tu. Yelah. Mak dah makin gemok tua. Kejap je stamina habih. Alangkah syoknya kalau esok cuti. Huhu....


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!