Oleh itu, saya nak share artikel dari Harian Metro ini.
Tak faham kuarantin sendiri
PUTRAJAYA: “Ramai yang tidak faham istilah ‘self quarantine’ (mengkuarantinkan diri sendiri). Itu masalah yang kita hadapi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa atau mereka yang baru pulang dari luar negara masih menghantar anak ke sekolah agama atau menghadiri majlis di tempat awam dan membeli-belah walaupun sudah diminta kuarantin di rumah.
“Kita dapati perkara ini tidak dipatuhi sepenuhnya, ada mereka yang sudah menunjukkan simptom masih aktif bergerak ke majlis makan malam dan membeli-belah.
“Malah, saya juga dapat maklumat ada ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah kerana ditutup seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, tetapi masih benarkan anak ke sekolah agama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kejadian Wabak H1N1 Bilangan 6/2009 di Kementerian Kesihatan, di sini, semalam.
Dr Mohd Ismail berkata, senario itu membuktikan kebanyakan masyarakat negara ini termasuk ibu bapa tidak memahami maksud sebenar kuarantin di rumah.
“Jadi terpulang kepada kementerian untuk memberitahu sekolah, guru dan pelajar... ‘self quarantine’ bermakna mereka mesti berada di dalam rumah, tak boleh ke mana-mana dan sekiranya ada simptom mereka perlu dapat rawatan daripada klinik dan hospital berdekatan,” katanya.
Beliau turut meminta mereka yang baru pulang dari luar negara memberi kerjasama supaya penularan wabak H1N1 dapat dikawal.
Sepuluh perkara yang perlu dilakukan ketika menjalani kuarantin di rumah.
1. Hendaklah berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan dan mesti berasingan dari ahli keluarga lain yang sihat.
2. Semasa berada dalam tempoh kuarantin, anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, sekolah, tuisyen, majlis makan malam, kenduri, membeli belah atau mana-mana tempat awam.
3. Dapatkan bantuan daripada saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
4. Kurangkan pertemuan dengan rakan dan saudara mara serta elakkan dari hadir di tempat awam.
5. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat mana-mana saudara mara atau rakan mengunjungi dan memasuki rumah anda.
6. Gunakan penutup muka sepanjang masa jika mengalami batuk dan demam.
7. Amalkan kebersihan diri seperti menutup mulut semasa batuk atau bersin. Cuci tangan selepas menyentuh, hidung, mulut atau mata dan pastikan pengudaraan dalam rumah baik.
8. Pantau kes-kes demam dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
9. Hubungi segera pegawai kesihatan daerah berdekatan sekiranya mengalami demam dan simptom berkaitan.
10. Mengikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari media massa seperti radio, televisyen, akhbar dan lain-lain.
P/S: Oleh itu, jika ada sesiapa antara rakan-rakan, sedara mara kita yang kena self quarantine ni, sampai-sampaikanlah pesanan ini. Sharing is caring!
1 comment:
oh... thanx for sharing
Post a Comment