Wednesday, June 3

Underweight

.
.
Malam tadi demam Irma nampaknya bertambah teruk. Dia tak nak makan ubat. Berperang dengan dia bila time makan ubat. Last-last mama yang kalah. Mana taknya, lepas je makan ubat, muntah. Habis semua bubur nasi yang dia makan keluar balik. Mama sempat bagi makan ubat selsema je.


Tidur pun tak lena. Asyik terbangun sebab hidung dia tersumbat. Lepas nenen sambung tidur. Tak sampai sejam bangun balik. Tidur pulak asyik nak mama peluk. Bila mama lepaskan aje Irma nangis.


Muntah pulak ada la dua tiga kali malam tadi. Ishhh... kesian anak mama. Ikutkan hati takmo pi kerja hari ni. Nak jaga Irma. Suhu badan dia pun makin panas. Huhu.


Semalam masa nenek bawak Irma pi jumpa doktor, doktor kata Irma underweight (as usual). Nenek bagitau yang Irma ni memang tak kuat makan dan tak kuat menyusu. Memang pun. Dia tak mau mintak susu. Dok diam je. Bila kita tanya, "Irma nak susu?" atau "Irma nak emem?", baru laa dia nangis, tanda nak. Kalau tak, dia diam aje la. Huhu.


Doktor suggest supaya Irma minum susu Pe.diasure. Patut ke mama start bagi dia minum? Selama ni kalau EBM yang mama bekalkan tu tak cukup, mama top up dengan Melilea atau Isomil Imran. But so far, Alhamdulillah masih lagi menyusu badan. Patut ke start bagi dia FM yang cow-milk based?


Lagi satu, Irma ni mama rasa terkena tempias CMPA abangnya jugak. Sebab kalau mama minum susu terlebih dos, Irma akan naik gatal-gatal. Tapi tu masa mama dalam pantang la. Minum Milo masa tu. Milo kan ada susu. Tapi mama tak betul-betul pastilah, ye ke tak Irma ni ada CMPA. Kalau betul ada CMPA, for sure Irma takleh minum Pe.diasure tu kan?


Pasal CMPA ni, doktor suggest supaya buat ujian untuk confirmkan Irma ada CMPA atau allergic apa-apa tak. Mama tak sure la blood test ke apa. Mama takde kat situ kan. Ada sesiapa tau macamana test untuk allergic? Mama macam berminat jugak nak buat test tu. Tapi tunggukan RM nya dulu ye doktor? ;P


Semoga demam Irma kebah hari ni. Tak sanggup rasanya tengok anak dara mama yang comel ni terbaring je atas kusyen. Huhu.




8 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Ader kawan saya yg breastfeed his doter, same underweight prob mcm Zety, pon paed suggest Pedia.sure tue. Tak sure laa sbb kandungan nutrient yg better than FM lain, or sbb paed tue dpt komisen. Ekeke. Brand nie plg mahal di pasaran kan? Luckily anak dier xdelaa nak sgt minum susu tue, just 1 botol per day kot.

Unknown said...

ekeke dapat komisen kut? paed smlm tu ade gak bagi sample tapi still tak berani nak bagi anak minum. tunggu lepas buat test tu la kot.

jua said...

Get well soon.

takde ke cara nak bagi budak senang makan ubat. i pun jenuh nak bersilat dgn anak bujang sorang ni.

Ms Lola said...

Dulu mmg ada paed yg rekomen Paedisure (eja pun tak tau) kat Sophia. Doc tu ckp, kandungan calorie in that susu adalah tinggi sket berbanding yg lain. Kitorg try bg, tp Sophia yg takmau.

Unknown said...

jua,
itu la pasal. kalau boleh disumbat-sumbat tanpa menangis, kan best. isk.

ms lola,
tak sedap kot susu ni. ada gak beberapa org kata anak depa tak suka minum susu ni.

nita_291 said...

zety, paed anak aku ckp kalau nk buat allergy test kena tunggu ank aku besar sket sebab allergy test tu amek sample darah. anak aku baru 15 bulan. tk tau la nk tunggu besar mana. saje nk inform ko.

ryyhan said...

wah dh setahun irma yek ~ hehe dia share sama birthday ngan aku...

dun worry..hope she will get well soon

Unknown said...

nita,
oh kena tunggu umur besar mana ek? ko jumpa paed katne? aku pi jumpa paed kat kajang (coz kat situ the cheapest. hehe)

ms tepung,
haah sama besday dgn ko ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!