Monday, July 20

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Anak dara saya yang cute itu sudah pandai merajuk sekarang ni. Haih.... ikut perangai sapa la ni... Hahaha.


Semalam di rumah MIL, anak dara saya seperti biasa dengan aktiviti tetapnya - mengutip apa-apa sahaja yang dia nampak di atas lantai, hatta serpihan biskut hasil kunyahan si abang yang sangat-sangat kecik pun dia boleh nampak. So kebetulan masa tu dia dah kutip itu biskut, dan nak masukkan ke dalam mulutnya, MIL saya ternampak. Teruslah MIL ambil biskut tu dan buang ke luar tingkap.


Tau apa Irma buat? Dia berdiri di tepi sofa, pandang ke bawah dengan mulut muncung sedepa, lepas tu tangannya kuis-kuis sofa tu. Mak Wannya panggil dia buat dekkk je. Dia asyik la pandang ke bawah. Bila Mak Wannya dukung nak pujuk, dia tak pandang pun muka Mak Wan. Dia pandang arah lain. Hahaha. Sabooo je la.


Malam tadi di rumah neneknya pulak, Irma tengah makan fries. Dia offer fries kat nenek dia. Tapi nenek dia takmo. Terus dia bertinggung sambil pegang fries tu, then pandang lantai. Bila nenek pujuk, again, dia takmo pandang muka. Dia pandang lantaiii je. Hahaha. Irma, Irma. Mama macam kenal je gaya merajuk tu. Hahahaha.


As for Imran pula, sekarang ni dah pandai memilih orang pulak. Kalau time nak mandi tu, kalau dia nak mamanya mandikan, mama aje lah. Kalau orang lain dia mengamuk. Sama jugak time buatkan susu. Kalau nak abah yang buat, orang lain takleh buat. Even cuma basuhkan botol. Kalau tak, jangan haraplah dia nak minum susu tu nanti.


Sama jugak bila time makan. Semalam pagi-pagi Imran bangun tido terus mintak makan. Masa tu kami kat Seremban. Kebetulan MIL keluar ke kedai beli barang dapur, and kat dapur memang takde langsung makanan. Mak yang malas ni pun bagi roti sapu jem aje kat Imran. Nasib baik dia nak. Then, Irma pulak bangun.


Saya koyakkan sikit roti nak bagi kat Irma. Boleh si Imran mengamuk sakan? Marah betul dia bila saya nak bagi roti tu kat Irma. Bila saya offer nak buatkan yang baru untuk dia, dia tak nak. Dia nak yang itu jugak. Haih. Macamana mama nak bagi roti yang sama nak oii? Bila bagi takmo. Then saya kata, "Ok mama repair roti ni ye. Mama tampalkan balik yang mama koyakkan tadi." terus dia jawab "Tey (OK)." Adeh. Dia ingat boleh main tampal-tampal guna selotep agaknya. Hehehe.


Bila saya cerita kat mak saya, maka saya kata perangai Imran tu memang sebijik macam saya masa kecik-kecik. Ada sekali tu, air tumpah. Tapi saya nak air yang tumpah tu jugak. Takmo air lain. Hihi. Now I know dari siapa Imran dapat perangai dia tu. Apa nak buat. Like mother like son & daughter la kan. Hahaha.




3 comments:

babycomel said...

hahaha...mmgle anak2 ngikut perangai mak bapak...aina pun kuat merajuk, ada masa kami pujuk n ada masa boh layan jela...

p/s: k zety, berat irma brp skrg??? aina td timbang 8.2kg @ 15mths, makan minum byk tp slim aje...

Unknown said...

oh irma masih maintain 7kg@13 months. tapi alhmadulillah dah makin tinggi. makan pun banyak tapi menten selim melim. hihi.

babycomel said...

pas baca blog akak nie krg skit kerisauan saya psl berat badan aina...

aina fully BF smpi 1yr 3days (7.5kg @ 12 mths) pastu top up ngan pediasure kononnye nak increase weight tp naik skit aje (8.2kg @ 15mths)...aina tinggi 73cm @ 12mths...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!