Friday, August 7

Kenduri Esok

Esok salah seorang makcik saya, iaitu sepupu kepada ayah saya akan mengadakan kenduri doa selamat sempena majlis pernikahan yang berlangsung baru-baru ini.


Tapi, bukanlah majlis pernikahan anak-anaknya, mahupun cucu-cucunya.


Iya, beliau sendiri yang melangsungkan perkahwinan. Dengan kekasih hati lamanya.


Arwah suaminya sudah lama meninggal. Masa saya kecik lagi.


Makcik saya tu umurnya 74 tahun. Can you believe that?


Bukan masalah kahwin bila dah berumur ke hape. Tu saya tak kisah sebab jodoh pertemuan sudah tertulis dan ditetapkanNya.


Tapi saya tak percaya makcik saya ni berumur 74 tahun! Beliau adalah sungguh awet muda! Nampak macam berumur hujung 50-an gitu. Mukanya begitu berseri, senyum masih manis. Dan takde kedut-kedut yang sepatutnya ada pada wajah seorang yang berusia 70-an pun.


Orangnya juga kecil molek. Badan masih maintain gituk.


Oh saya sungguh kagum. Dan jeles. Saya rasa beliau nampak lebih berseri dari saya (berserikah saya? kuangkuangkuang).


Saya harap saya juga mampu kelihatan awet muda seperti beliau biarpun body saya sekarang ini sudah macam orang beranak 10.


Oh how I wish.


P/S: Oh saya tidak akan hadir ke kenduri tersebut. Saya jaga anak-anak di rumah. :)


3 comments:

By Ticer Liza Yacob said...

alaaa...tak pegi pulak. kalo tak boleh snap gambar pengantin. nak jugak tengok wajah orang 70 an nampak cam 50 an. teruja ni.

Fara said...

ibu zaaz:) fara pn nk bgtau benda sama. teruja sgt nk tgk wajah org awet muda. hihihihi. tak pun tny petua awet muda dia...kan?

Ina Hashim said...

wow...apa rahsianya zeti...?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!