Monday, August 3

Makan-Makan Untuk Kesekian Kalinya :P

Hari ni lambat menjenguk blog sebab saya kena attend Ist.iadat Kon.vokesyen Kom.emoratif kat tempat kerja saya ni. Isteri Pe.rdana M.enteri kita dapat Ij.azah Ke.hormat. Hampir ke tengah hari jugaklah istiadat tu.


Lepas selesai konvo, kat ofis ada makan-makan pula. Sempena birthday beberapa orang staf dan juga sempena meraikan kenaikan pangkat salah seorang staf.


Ada nasi beriani, ayam masak merah, dalca, pajeri nenas, popedum (eja?), sate dan buah2an. Yum!


Saya sekarang adalah kekenyangan. Mata juga semakin berat.


Oh ye. Saya telahpun menghantar koleksi kain2 untuk dibuat baju raya. Hantar ke jiran MIL saya di Seremban. First time hantar nih. Tak tau la okeh ke tak. Hopefully ok la. Dah MIL yang rekomen, saya ikutkan aje.


Saya tak jadi ke Genting pun hujung minggu sudah. Satu, kereta tak servis. Dua, bajet tarak. Tiga, cuaca sekarang yang tak menentu so En Abah (dan saya) macam ala-ala risau nak naik ke puncak tanah tinggi sana. Maka, kensellah trip kami ke sana.





1 comment:

yaya said...

cuaca tak menentu memang susah nak plan holiday...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!