Tuesday, December 29

Edisi Jumaat: Avatar



Jumaat lepas pi tengok cerita ni. Sebenarnya nak tengok hari Khamis tu tapi full. Yang ada pukul 11.55pm. Apa kes bawak budak-budak tengok wayang tengah malam?


Pagi Jumaat adik saya ke Jusco, so mintak la dia belikan tiket sekali untuk show pukul 3.40 petang. Tapi punyalah ramai umat, dapatlah tempat duduk ke-5 dari depan. Haiyo. Mau sakit leher mak nanti.


Pukul 3 petang kitorang pun ke Jusco. Kitorang di sini bermaksud saya, En Abah, adik-adik saya, Imran & Irma. Ye, kami angkut sekali budak-budak kecik itu. Tapi dapat masuk panggung dalam pukul 3.50 petang. Sebab parking penuh banget! Susah gila nak dapatkan parking masa tu!


Setengah jam pertama, Imran & Irma sangat kusyuk tengok wayang. Terkagum kot. Eheh. Lepas tu, Imran dan mula tak senang duduk. Nak ke sana sini. Irma pun sama. Last-last, En Abah bawak Imran keluar. Irma masih dengan saya. So far Irma cuma takmo duduk. Dia nak jalan-jalan naik tangga turun tangga yang kalerful tu. So saya biarkan aje lah sambil-sambil perhatikan dia aje.


Lebih kurang sejam terakhir barulah En Abah & Imran masuk balik dalam panggung. Duduk kat tangga lagi! Hehe. Sudahnya Imran tidur kat pangku En Abah. Kena la dukung dia bawak keluar panggung.


Cerita Avatar ni jalan ceritanya biasa-biasa aje. Tapi saya sungguh kagum dengan grafik dia. Pergh! Macam real seh. Memang kagum habis ah. Walaupun spend 2 jam 45 minit dalam panggung, sikit pun saya tak terasa waktu berlalu. Ecewah. Dan nasib baik saya bawak shawl untuk membaluti tubuh saya yang 'chomel' ini. Kalau tak sure berada di persimpangan dilema; samada nak tahan kencing atau korbankan 10 minit untuk ke toilet. Oh tidak!


Kepada sesiapa yang nak tengok cerita ni, cepat-cepatlah ke panggung wayang berdekatan rumah anda! Memang saya rekomen 100%.


Nota ZZ: Rasa macam nak ajak En Abah tengok yang 3D punya lah pulak. Hihi.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!