Sekarang ni saya sedang berada dalam mood mengatur bajet selama 3 bulan. Huhu.
Pic googled |
Almaklumlah, gaji bulan 11 nanti kan awal. 10hb dah dapat gaji dah. Gaji bulan 12 pulak masa 20hb nanti. Kalau tak plan & control betul-betul, silap-silap 1hb Disember dah kering kontang gamak eh.
Plus InsyaAllah saya sefamily (belah saya) akan pergi bercuti masa cuti sekolah nanti. Walaupun perbelanjaan kebanyakannya ditanggung beres (eheh), dah namanya bercuti, mestilah masukkan sesi bershopping sakan kan. Biasalah orang Mesia memang suka shopping. Campaklah ke mana-mana pun. Ekekeke.
Hujung minggu ni pulak InsyaAllah akan ikut En Abah ke Melaka sempena Family Day tempat kerja dia. Wah baru je start kerja dah follow orang berfamily day bagai kan. Saya sure jadi shy-shy cat masa kat sana nanti. Maklumlah ai kan perempuan melayu yang tak berapa terakhir kan. Hihihi.
So perjalanan ke Melaka, penginapan semua tu kan ke guna duit. Maka budget planning adalah perlu.
Minggu depan pulak sepupu En Abah kahwin. Mestilah kena hulur duit dalam sesalam dua kan. Tak gitu?
Oleh itu, mulai hari ni kenalah memulakan perbelanjaan berhemah Puan Zety Zin.
Contoh. Tiada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada hanya kebetulan sahaja :P |
Sekian bebelan makcik di petang hari,
5 comments:
chaiyok chaiyok..
eh ye ke bln depan dpt gaji awal...
ooo harus mak buat bajet jugak neh..
saudah,
yahh!!! tapi lepas buat bajet, ai terus rasa down. huahuahua.
mrs azarol,
haah. awal seminggu sebelum raya haji.
bajet memang akan buat semua org down. yelah, tak dapek nak shopping sesuka hati ;)
ahaha. betul tu!
Post a Comment