Tuesday, December 1

Sup Tulang & Janji

Masih penat. Tapi rasa 'penat' itu mesti diabaikan. Kalau tak, saya rasa saya boleh jadi gila.


Tiba-tiba teringat kisah malam tadi. Betullah, kanak-kanak ni mesti cepat 'menangkap'.


Malam tadi mak saya masak sup daging. Er... ke sup tulang ek? Hm..


Raya korban yang lepas family saya dapat daging korban, bahagian tulang belakang. So dapatlah seketul tulang belakang tu. Besar gila. Tu yang dibuat sup tu.


Memandangkan saya dan En Abah orang terakhir yang makan malam, so kami la yang mengerjakan tulang + daging tu habis-habisan. Penuh satu mangkuk besar dengan tulang tu.


Masa makan Imran pun sibuk sama nak duduk kat meja makan. Saya tegur dia,

"Imran, tengok tulang ni. Besarrr... Ni tulang dinosaur ni."


Saya dan En Abah teruskan makan. Tiba-tiba je Imran kata,

"Mama, mama... Ame... ame..." --> Mama, mama.. sama... sama...


Saya kompius apa benda yang Imran maksudkan. Apa yang sama? Imran pulak kejap-kejap tunjuk tulang yang kami makan, kejap-kejap tunjuk TV. Saya pun ikutlah arah mana telunjuk dia.


Hahahahaha. Saya dah ketawa awal-awal. Nak tahu Imran tunjuk apa?


Dia nak bagitau, tulang 'dinosaur' yang saya tengah makan tu sama dengan dinosaur yang ada kat dalam TV! Kehkehkehkeh. Kebetulan masa tu ada cerita Jurassic park kat HBO. Mak dan ayah saya tengah layan.


Satu lagi, jangan berjanji dengan budak kalau kita tak boleh tepati. Saya tahu ramai yang tahu tentang ni. Tapi kadang-kadang kita terlupa nak amalkan.


Satu petang, ayah saya bawa Imran ke kedai runcit. Dalam perjalanan pulang, Imran pun kata,

"Anak alik. Nak gi Ako. Ako." --> Tak nak balik. Nak pergi Jusco. Jusco.


Haih takkan nak ke Jusco pulak kan. Ayah saya pun kata,

"Jap lagi lah. Atuk sakit perut. Atuk nak yak. Lepas atuk yak kita gi Jusco."


Imran pun diam. So takde lah Jusco. Terus pulang ke rumah.


Sampai aje rumah, tau apa Imran cakap?

"Atuk, gi yak." Siap tunjuk arah tangga, nak suruh atuk naik pi toilet kat atas.


Hahaha. Dia boleh suruh atuk dia pi berak sebab atuknya dah janji nak bawak dia pi Jusco lepas pi berak. Haaa itulah atuk. Janji lagi dengan cucu.


Mungkin apa yang Imran buat ni biasa-biasa aje bagi orang lain, tapi bagi saya, ianya sungguh... fascinating. Melihat anak yang dah pandai tagih janji, yang boleh relate kan satu benda dengan benda yang lain. Terasa cepat betul masa berlalu.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!