Tuesday, January 26

Lambat

Punch card pukul 8.57 pagi hari ni. Lambat nyaaa!!!


Temperature kereta naik gila-gila pagi tadi. Bayangkan, sampai jarum penunjuk tu dah terlebih dari line maksimum temperature kereta.


Sudahnya saya berhenti kat tepi highway Grand Saga.


Dah lah kredit prepaid saya dah expired. Terpaksa la menapak ke petrol pump terdekat. Huhu. Lepas dah top up, call ayah saya, call En Abah, call ofis. Masa tu dah pukul 7.25 pagi.


Lepas tu, adik saya sampai. Isi air, patah balik ke rumah, tukar kereta. Saya pinjam kereta adik saya, adik saya pakai kereta ayah. Tak berani nak bawa kereta ayah saya sebab kena lalu parking bertingkat. Lorong dia kecikk aje. Kereta ayah saya agak panjang. Oh no no. Karang kalau bergesel naya haku. Mak tak berani, nyah!



Haih macam-macam hal. Semalam sampai rumah pukul 10 malam, terus saya KO. Pagi ni lambat ke ofis pulak. Sabar... sabar...




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!