Membaca blog MIO, teringat kisah sendiri.
Selepas dua bulan berkahwin, saya dan En Abah mengambil keputusan untuk mempunyai sarang sendiri, walaupun sarang itu hanyalah bersifat sewaan. Haha.
Maka, berpindahlah kami.
Baru dua hari duduk di rumah sewa sendiri, saya mendapat email dari ayah saya. Ya, ayah saya email saya tau. Tak main telefon-telefon :) Isi kandungan emailnya cukup menyentuh naluri saya sebagai seorang anak.
Bukan saya tak biasa berpisah dengan famili. Sedari kecik lagi saya dah dibiasakan supaya tidak terlalu 'melekat' dengan parents. Pantang cuti sekolah, ke rumah sepupu-sepupu lah jawabnya.
Tingkatan satu hingga dapat ijazah, saya berpisah lagi dengan famili. Sebab tu saya tak reti masak :P So memang dah biasa berjauhan dengan mak ayah saya.
Tapi, bila berpindah terus dari rumah parents, memang lain feel nya. Terasa macam dah tak akan jumpa langsung pulak. Haha.
*****************
Saya tak dapat terbang lama. Walaupun dah ada sarang sendiri, saya tetap jugak pulang ke sarang mak ayah saya.
Kenapa?
Hm... nak cerita, karang ter over-exposed kisah sendiri pulak. Senang cerita, setiap manusia, ujian dariNya adalah dalam bentuk yang berbeza-beza. Ujian buat diri saya dan En Abah, salah satunya ialah kesukaran untuk berlindung di sarang sendiri.
Syukur mak ayah saya dengan hati yang terbuka menerima saya dan keluarga menempel di rumah mereka.
Untuk MIO, selamat bersarang di tempat baru!
7 comments:
eh, eh. sini pun ada cite merpati. boleh buat tag ni. ekekeke :P
nyah.....
mak pindah semalam. hari ni keje. sat lagi balik. mak dh terbayang rumah yg macam tongkang. huhu.
agak2 kalo terlebih pening, mak balik tido bawah ketiak ibuku sampai pening hilang. aci? ekekeke :P
aku pun mmg selalu laa balik sarang mak ayah. almaklum sering kena tinggal di sarang sendiri.. ;p
Dari umo 18, balik umah parents masa cuti jer..
syahdu.. syahdu..
mio,
tag jangan tak tag. muahahaha.
aci je kalau nak pulang semula ke sarang lama. haha.
intan,
tinggal di sarang sendiri tanpa suami merupakan satu pantang bagi En Abah. tu yang mak selalu pulang ke sarang mak bapak. *alasan*
jiey,
takpelah jiey. hidup berdikari. takdelah macam saya ni asyik bawah ketiak mak je. haha.
rupanya bkn aku seorang je masih tinggal di sarang mak bapak...
nak jg bersarang sendiri tp kesian parents takde teman :-(
sekarang lg susah, dah sayang ngan Azam..
aku dh lama duk sarang sdri..huhuhu
kena buat n3 sarang jugak pas ni hahaha
As,
Imran sekarang pun manja gila dengan atuk neneknya. Huhu.
Fara,
Buat jgn tak buat. haha.
Post a Comment