Ahad malam kelmarin, saya saja-saja buatkan nugget untuk family saya. Ni first time buat nih. Haha.
Ada terbaca resepi nugget kat sini hari Jumaat hari tu. Tapi saya tak catit apa-apa. Konon simpan dalam otak je lah.
Resepinya adalah sangat simple. Tapi time saya buat, saya main belasah apa yang ada kat rumah masa tu. Hehe.
Nugget style ZZ
Bahan-bahan:
Isi ayam (bahagian dada)
Roti gardenia whole meal
Garam
Black pepper (aji.no.moto)
Telur
Breadcrumbs
Cara-cara:
- Mula-mula saya bakar dulu roti. Konon nak kasi garing-garing sikit. Muahaha.
- Lepas tu saya carik-carik roti tu kecik-kecik.
- Dada ayam siap dipotong kecik, blend bersama roti tadi.
- Gaulkan ayam dan roti bersama garam dan black pepper.
- Bentukkan nugget, coat dengan telur yang dipukul dan breadcrumbs (sebanyak 2 lapisan).
- Goreng.
- Sedia dimakan. Hoyeh.
Tapi disebabkan saya buat guna sekeping dada ayam je, so, takdelah banyak sangat nugget yang terhasil. Pulak tu macam-macam saiz ada. kejap besar kejap kecik. Hahaha. Oh rupa adalah tidak penting. Yang penting, sedap! Anak teruna makan siap takmo bagi orang lain. Cuit pun tak boleh. Hahaha.
4 comments:
Zety,
takde gamboo ker nak buat nieza terliur??? hihihi
manatahu dr nengok gambor nugget tue buat nieza berkobar2 nak bikin sendiri ..hihihi
cam senang jerk ...
Gambar takde lah. Huduhs rupa nugget tu. Hahaha. Plus tak sempat nak tangkap gambar pun. Kejap jek dah masuk dalam perut.
masa baca part - carik2 roti tu, baru teringat nk tanya - klo pakai paper shredder bleh tak? malas punya pasal :P
sib baik pastu kena blend roti tu ngan ayam. hahaha :P
hihi. guna paper shredder? dahsyat tu!
Post a Comment