Setelah hampir sebulan setengah baru le teringat nak load gambar-gambar masa kat Zoo Negaraku hari tu.
Nak letak gambar-gambar binatang adalah terlalu banyak. So kita letak gambar-gambar orang lah ok.
Ni masa baru-baru sampai. Muka masing-masing eksaited. Ini adalah ekspresi wajah selepas mendapat arahan Mama, "Senyum!!" Sila perhatikan 'anak tiger' itu :D
Alamak kasut Ban tercabut lah. Irma still menten 'senyum!'
Mama, katut Ban! Ame! Ame! Katut btar!
(Translation: Mama, kasut Ban! Sama! Sama! Kasut besar!)
Tengah tunggu Bapak beli air buat bekalan di kemudian hari.
Anak teruna yang suka berposing.
Ntah kenapa Irma suka buat muka senyum gini. Hehe. Cuteness.
Kan dah kata anak teruna ni suka bergambarwalaupun senyum dibuat-buat
Ambing! Bekkk!
Ok gambar ini adalah sangat blur. Tapi saya suka sebab Imran tengah pimpin tangan Irmasambil memandang sampah yang dibuang merata-rata. Hmph.
Ekor anak harimau tergantung-gantung. Ekekeke.
Memberi zirafah makan. Harga makanan adalah RM3 seikat. Bak kata Nana, zirafah dan gajah adalah binatang yang paling kenyang kat Zoo Negara. Hehehe.
Erm... belakang tu burung kasawari, kan? Kan? Mak pun tak sure. Dok sibuk tangkap gambar anak. Hohoho.
Penatnya berjalan. Kitorang tak naik tram. Saja nak feel lelebih masa tengok binatang. Sudahnya semua kepenatan. Duit pun banyak habis beli airyang sangat mahal kat dalam Zoo. Reminder: Lain kali bawa bekalan air yang sangat banyak kalau nak ke Zoo Negara.
Berpeluh-peluh anak dara ku ini.
En Abah kepenatansebab kena dukung Imran. Patah pinggang beb!
Ahhaaa.... last sekali barulah ada gambar si tukang tangkap gambar. Ekekeke. Imran dah menguap, Irma masih lagi dengan senyum ganas dia. Hihi. Nana, kat sini le aku nampak orang utan.
(Translation: Mama, kasut Ban! Sama! Sama! Kasut besar!)
Tengah tunggu Bapak beli air buat bekalan di kemudian hari.
Anak teruna yang suka berposing.
Ntah kenapa Irma suka buat muka senyum gini. Hehe. Cuteness.
Kan dah kata anak teruna ni suka bergambar
Ambing! Bekkk!
Ok gambar ini adalah sangat blur. Tapi saya suka sebab Imran tengah pimpin tangan Irma
Ekor anak harimau tergantung-gantung. Ekekeke.
Memberi zirafah makan. Harga makanan adalah RM3 seikat. Bak kata Nana, zirafah dan gajah adalah binatang yang paling kenyang kat Zoo Negara. Hehehe.
Erm... belakang tu burung kasawari, kan? Kan? Mak pun tak sure. Dok sibuk tangkap gambar anak. Hohoho.
Penatnya berjalan. Kitorang tak naik tram. Saja nak feel lelebih masa tengok binatang. Sudahnya semua kepenatan. Duit pun banyak habis beli air
Berpeluh-peluh anak dara ku ini.
En Abah kepenatan
Ahhaaa.... last sekali barulah ada gambar si tukang tangkap gambar. Ekekeke. Imran dah menguap, Irma masih lagi dengan senyum ganas dia. Hihi. Nana, kat sini le aku nampak orang utan.
Nota ZZ:
- Walaupun tiketnya mahal (RM20 untuk dewasa, RM6 kanak-kanak 3 tahun ke atas), tapi rasanya berbaloi-baloi. Lagi-lagi bila pandang muka anak-anak yang kepuasan dapat tengok macam-macam binatang. Oh jangan lupa bawa MyKad dan MyKid ye. Kalau tak, harga tiket adalah lebih mahal.
- Irma agak menjadi tumpuan disebabkan baju tiger yang dia pakai tu. Hehe. Kebetulan pulak masa tu nak dekat-dekat Chinese New Year and tahun ni pulak Tahun Harimau kan.
- Secara tanpa sedar, baju kitorang satu family ada berunsurkan kaler oren. En Abah dengan t-shirt orennya, Irma of kos dengan baju tiger nya, Imran pulak cap
sengetoren dan saya sendiri tudung oren. Hehehe. What a coincidence.
- Mula-mula cadang memang nak naik tram tapi ramainyaaa orang beratur masa tu. So kensel lah. Lagipun berjalan kaki lagi berbaloi rasanya.
- Sila bawa map yang disediakan. Kalau tak, boleh tersesat dalam zoo tu.
- Air (dan makanan lain) adalah sangat mahal kat dalam tu. Maklumlah dah takde choice kan. Air mineral (hmm rasanya air RO je) RM2 untuk botol kecik. Air 100 Plus
yang saya dan En Abah minum baaanyak gilaRM3 untuk botol 500ml. Aiskrim kalau tak silap RM5.90 untuk satu scoop. Peel fresh kotak kecik pulak RM4.50. Terjojol biji mata mak, nyah! Nasib baik budak-budak tak mintak aiskrim. Huhu. Tapi tak boleh celen harga makanan kat Genting lah kan :)
- Zoo Negara jauh lebih bersih dan terjaga berbanding masa kali terakhir saya dan En Abah ke sana dulu.
- Kami terlepas peluang nak tengok animal show (pukul 3 petang kalau tak silap) sebab masa tu tengah tengok orang utan. Area orang utan kat belah utara sana, animal show pulak berdekatan dengan pintu masuk.
- Petang tu hujan lebat selebat-lebatnya. Nasib baik masa tu kami kat dalam Akuarium.
- Dalam perjalanan balik, dek kepenatan yaamat, Imran dan Irma tidur lena. Malamnya pun tidur lena tak bangun-bangun. Hehehe.
- Oh ye, jangan tak tahu. Boleh buat birthday party atau family day sini jugak tau. Boleh rujuk sini. Err... ada sesiapa nak buat wedding kat sini tak? Manalah tau kot-kot ada kan :P
Ok lah. Panjangnyaaa entri kali ni. Ampun sebab lambat letak gambar kat blog ni.
6 comments:
huhu, heaven ah zo negara.
aku suka g sana.
betul3. aku pun!
saya juga suka ke zoo
next time jom plan pegi sama2, boleh kenal2an :)
selama ni kita kenal dalam blog aje :)
hmmm... blom pernah mak pi zoo negara nyahhh, bagus n3 ko nih. nnt kalo mak ke kl blh laaa mak bwk anak2 ke sana pulak. btw.. irma yg kiut bertmbh kiut dgn baju rimaunyer..;)
cW,
boleh boleh boleh! buat small gathering kat situ pun macam menarik jugak kan?
intan,
datang jangan tak datang. ekeke. mak pun pernah pergi dua zoo je. zoo negara dengan zoo melaka. orang kata kalau kat singapore tu best ek?
pssst mmg zoo singapore laa yg plg happening setakat nih. kan aku ada buat n3 ms pi zoo s'pore dulu...
Post a Comment