Wednesday, March 17

Lamai-Lamai

Semalam saya adalah cuti sebab ada hal. Oopss belum apply cuti lagi lah. Lepas ni kena isi borang.


Petang semalam free so bawa anak-anak main layang-layang kat sebelah tasik kat BTHO. Dari hari tu dah nampak ada orang main layang-layang kat situ so semalam cuba-cuba lah ke sana. Lagipun anak teruna dok bising-bising sebut,


"Ban nak ain lamai-lamai" --> Imran nak main layang-layang.
Entah mana datang word 'lamai-lamai' tu, saya pun tak tahu. Macam apek pelat pun ada. Hehehe.


Sebelum main layang-layang, haruslah ada layang-layangnya kan. Pilihan utama si anak teruna mestilah 'lamai-lamai ateman' (layang-layang ultraman). Mak pun ikutkan ajelah. Hui mahal jugak layang-layang ye? RM15 woo. Kecik je pun. Tak campur talinya lagik. 


Mula-mula main adalah best sebab angin kuat, so layang-layangku terbang tinggi. Adalah dalam 5 minit. Lepas tu mak yang kaki bangku ni ala-ala tak berjaya nak main tarik tali dengan layang-layang tu, so menyembah ke bumi lah kekdahnya. Haha.


Angin pun makin segan nak bertiup. Dalam setengah jam kitorang pun baliklah. Tapi pelik tengok orang lain berjaya je terbangkan layang-layang tu lama-lama. Hm nampak sangat le haku ni tak reti. Wahaha.


Takpelah Imran. Lainkali kita bawak Bapak main ye? Mama tak reti le nak oii.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!