Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.
Terima kasih kepada Saudah sebab ingatkan saya untuk baca surah Ad-Dhuha 12 kali tu.
Elok je saya habis baca, saya refresh FB saya. Sekali adik saya bagitau yang kamera tu ada kat dia.
Syukur sangat-sangat.
Silap saya jugak. Semenjak akhir-akhir ni masalah pelupa saya makin menjadi-jadi.
Asalnya saya bawa kamera tu ke ofis sebab nak transfer gambar ke Zoo Negara ke dalam PC dan blog dan FB. Lepas tu boleh pulak lupa bawak balik. Simpan dalam laci.
Lepas tu adik saya ada mintak kamera tu. Tapi saya lupa bawak balik. Esoknya sampai je kat ofis, saya bukak laci, kamera ada lagi. Phew.
Saya simpan balik dalam case dia (tengok tu, punya la pelupa sampai kamera terbiar je dalam laci tak masuk dalam bekas dia). Then lepas tu saya tak ingat saya simpan balik dalam laci atau bawa balik rumah. Hilang ingatan.
Seingat saya, saya bawa balik. Tapi bila time saya nak amik kamera tu dalam handbag, eh? Takde? So saya assume mungkin tertinggal kat ofis lagik.
Tengah hari tadi bila bukak je laci, ayoyo!!!! Kamera tak dak! Tu yang cuak tu. Siap google tengok berapa harga kamera tu (sebab nak ganti balik. kan ayah saya punya). Bila nampak harga, terjojol bijik mata mak yang sepet ini! Mahal nya!! (ini pun masih ada hati nak dslr. cett!)
The rest is history.
Alhamdulillah!
P/S: Dila a.k.a adeq, baca blog akak ke? Kalau baca sila bagitau :P
5 comments:
mujur ada ! lega kan
alhamdulillah..
saya hari tu terus tak jumpa. dah buat solat hajat n all, but it is not my rezeki.
kena buat something ttg lupa tu :)
honeylanz,
lega sangat sangat sangat!
saudah,
kena amik supplement kot :)
alhamdulillah...
org kata rezeki tu namanya :D
saya ada 2 barang yang sangat valuable hilang tak tahu letak di mana, akhirnya dah jumpa baru2 ni dengan sendirinya...
bukan ada sapa amek, tp sendiri simpan, sendiri lupa letak kat mana... huhuhuhu [dah tua ke?]
Post a Comment