Tuesday, April 6

Hujung Minggu Yang Sibuk

Bermula dari Jumaat lepas.


Lepas kerja En Abah kata ada orang nak tengok rumah. So bergegas le ke rumah untuk kemas-kemas sikit. Eceh. First impression lah konon.


Orang yang nak tengok rumah tu student. Mula-mula kata jadi. Pastu tak jadi pulak sebab ada geng dia yang takmo. So tak cukup orang.


Hari Sabtu En Abah main futsal kat Shah Alam. Pagi-pagi lagi dah keluar. Saya menyusul dengan anak-anak nak dekat tengah hari gitu. Cadangnya lepas habis game nak bawak budak-budak pi Akuarium sebelah tasik tu. Saja tengok ikan.


Tapi tunggu punya tunggu lama la pulak game En Abah nih. Bila sampai je turn En Abah nak menunjukkan bakat menjadi goalkeeper untuk pertama kalinya, hujan la pulak..... So terpaksa lah batalkan game dan pulang ke rumah. Kesian En Abah. Dari pagi menunggu peluang nak main futsal, sekali hujan daaa.... Itulah namanya takde rezeki.


Lepak-lepak kat rumah kami, Imran dengan Irma seronok bebenor. Ye lah, jumpa mainan lama diorang, jumpa CD lama. Macam-macam lah. Siap layan Kung Fu Panda lagi. Kensel nak pi Akuarium tu. Hujan lagipun.


Terus rasa ala-ala kompius dan serba-salah. Patut ke sewa kan rumah kami ni?? Kalau ikutkan hati memang takmo. Ye lah. Rumah sendiri kan. Tapi terpaksa. Better disewakan dari dibiarkan kosong. 


Ahad pulak, bawa En Abah ke klinik. Bahagian dalam dada En Abah membengkak sebab masa practice main bola hari tu dia terjatuh. Pastu dada pulak berlaga dengan kepala lutut orang. Sebelum ni dah pi klinik dah tapi ubat tak jalan. Makin sakit adalah.


So kali ni siap ber X-ray bagai. Syukur takde apa-apa. Ubat kali ni pun nampaknya ok. 


Lepas ke klinik En Abah ajak pi Jusco Cheras Selatan. Oh ye hari ni J-Card Day kat sana :) 


Bawak budak-budak makan McD. Lepas ke Jusco, pi Carrefour BTHO pulak. Dah janji dengan Imran nak belikan dia CD. Ingatkan dia lupa tapi masa dalam kereta dia mention pulak pasal CD tu. Huhu. CD kat Carrefour murah, hari tu ada promotion CD RM5 saje.


Biasanya kami letak budak-budak dalam troli shopping tu. Ini untuk mengelakkan anak-anak saya yang aktif tu berlari ke sana sini dan mamanya semput nak mengejar. So bila letak dalam troli tu takde lah diorang capai apa-apa kemudian diam-diam masukkan hasil capaian ke dalam troli. 


Pernah jadi okeh. Tau-tau kat cashier ada je la benda yang takde dalam senarai. Tetiba je ada mainan lah, syampu lah, tah bila-bila diorang amik. Haha.


So masa nak balik, kat parking lot tu, saya letak troli yang 'terisi' dengan Imran dan Irma kat belakang kereta. Saya ke tempat driver nak start enjin. Biasanya En Abah ada la kat sebelah troli tu. Entah kenapa kelmarin saya macam bengong-bengong, En Abah tak sampai lagi kat troli, saya dah tinggalkan budak-budak tu. 


Tengah start enjin, tetiba.... GEDEGANG!!!! Troli jatuh!!!!!!!!


Budak-budak kat dalam troli of kos jatuh sama. Rupa-rupanya tah macam mana troli tu 'hilang kawalan' dan tergolek. Agaknya Imran bersandar kot.


Apa lagi melalak la budak-budak tu. Saya tak habis-habis salahkan diri sendiri. Huhuhuhu. Dan kena marah teruk jugak dengan En Abah. Huhuhuhuhuhuhuhuhu.


Nasib baik takde apa yang luka. Diorang melalak sebab terkejut kot. Moral of the story, jangan sesekali assume ada orang akan sentiasa jaga anak kita, tak kiralah siapa pun orang tu. Sila jaga sendiri. 


Semalam pulak, lepas habis kerja ada 3 orang nak tengok rumah. Yang peliknya salah sorang tu kata, ada orang lain yang offer rumah kami tu, dengan sewa yang lebih rendah dari yang kami offer. Aik??? 


Rupa-rupanya ada orang amik kesempatan. Ejen lah siapa lagi. Suka-suka hati je bagitau student tu suruh datang, then siap kata sewanya murah dari yang kami nak. Eh eh. Lepas tu siap SMS En Abah, kata lepas budak-budak tu setuju nak rumah, bagitau dia and dia sediakan agreement. WTF?


Kitorang tak pernah suruh mana-mana ejen pun carikan orang. Kitorang yang advertise sendiri, siap letak banner kat depan rumah ok. Tetiba je dia pepandai nak buatkan agreement lah apa lah. Whatever lah dikk.... 


So, rasa-rasanya kami dah jumpa la kot penyewanya. Insyaallah. Kalau takde aral, tengah bulan ni rumah kami akan mula diduduki. Sob sob. Sedih la pulak. Tapi, kenalah tabahkan hati.


Hopefully penyewa ni ok lah perangainya. Janganlah dapat jenis yang bawak balik perempuan, atau yang menganggu ketenteraman jiran, atau yang buat benda yang menyalahi undang-undang. Amin...



2 comments:

sisdee said...

paling takut dpt pnyewa tak tau jaga umah :(

my husband pernah tgk umah yg pnyewa tinggalkan ngan kesan maggi atas syiling..kicap le tah apa2 lagi :(
buat agreement supaya dorg ada responsible sikit :D

ala ciannya budak2 kan..kena hati2 mmg tiap masa..kita ni mmg kdg2 careless :(

Unknown said...

megi atas syiling????? apakah???? macamana boleh sampai syiling tu?

yupp definitely kena buat agreement. siap mati setem semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!