Monday, May 10

Buruk Tau!

Selama ni aku jenguk blog aku ni menggunakan Musang Berapi. Tadi tetiba gedik untuk menggunakan Google Krom dan jugak IE. Haish sungguh buruk rupanya blog mak ni ek???


Kat sidebar yang ada senarai link ke 'My Bloglist' dan link-link lain. Kenapa dalam Musang Berapi takde strikethrough, kat Krom dan IE ada? Kat 'Older Post' pun gitu. Kenapa? Kenapa? Macamana nak hilangkan benda tu? Grrr.... tak suka lah. Buruk tau!


Lagi satu, pasal blog gak. Dulu aku pernah le tukar template kat blog ni guna menatang XML ke hape tah aku tak tau maklumlah buta IT. Memang comey lah blog aku masa tu (perahsan! sila muntah!), tapi banyak jugak le setting yang kena godek sana sini. Contohnya kat archive dan date.


Lepas dah bosan dengan template tu maka aku pun gatal la nak tukar cat dinding rumah aku ni. Maka aku pun pi la kat sini dan menempek kertas dinding baru. Tapi setting untuk date masih tak berubah. Bila aku cuba ubah something 'funny' pulak yang terjadi. Date tu tak keluarlah, hapelah. So end up aku tak berani nak tukar apa-apa setting lagi. Camner nak ubah ha?


Pastu kat header aku nak la tempek banner yang satu set dengan wallpaper aku ni kan. Tapi tak keluar2 jugak. Nape haa??? Adakah something wrong kat HTML itu? Oh sungguh la aku ni bukannya reti nak godek2 HTML tu. Puas dah cuba tempek tapi tak jugak keluar2. Alahai...





2 comments:

lia said...

aku ingt ko sejar design smua benda ada strikethrough...

Unknown said...

tak lah. selama ni tak perasan pun. manjang guna firefox kan. hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!