Monday, May 31

Nak? Nak Ke?

Seperti kanak-kanak lain (ke anak saya sorang je?), Imran memang kuattt sangat berpeluh. Lari sana sini sikit, berpeluh-peluh. Especially kepala. 


Tuala memang sentiasa ready je. Bila dia berpeluh, lap lah kepala, muka dia. 


Ada sekali tu, Aunty Baya tegur Imran,

"Hisyyy Imran ni. Berpoloh-poloh!" --> Poloh-poloh ialah sebutan Imran. Aunty Baya saja je tiru :P


Lepas tu, dengan selamba dia hulur kepala dia yang basah-basah dengan peluh tu dan cakap,

"Nak?"


And I was like, hoh? Apakah anak aku ni? Selamba tak hengat. Lepas tu terus saya gelak. Hahahahahaha.


Benda yang sama jugak kalau dia berak. Oh anak saya masih pakai diaper. Entah bila nak potty train saya pun dah tak tau dah. Asyik terlepas je. Tak larat ayah saya nak pantau. Kesian pulak ayah saya. So biar je lah dulu, boleh? Hehe.


So bila dia dah berak tu, bau nya Subhanallah Tuhan aje lah yang tahu kan. Bila ada orang tegur dia,

"Imran berak ehhh???"


Terus dia tunjuk bon bon dia then cakap,

"Nak ke???"


Hampes betul. Wakakakakaka.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!