Sejak dua menjak ni, senang sangat rasa sakit. Sakit pinggang lah, sakit kepala lah. Sekarang ni tengah sakit perut. Entah apa silap makan hari ni. Dah dua kali dah ke toilet.
Dan ini nak masuk kali ketiga. Ok. Sambung jap gi ek.
*************
Argh. Sungguh stress. Bila tengah sakit perut, tiba-tiba masuk toilet ada tisu terapung-apung di dalam bowl.
Sudahlah perjalanan dari ofis ke toilet agak jauh. Kalau ikutkan hati, nak je berlari-lari ke toilet tadi. Tapi tak boleh. Mesti berjalan dengan penuh ayu persis perempuan melayu terakhir. So sambil menahan sakit perut, sambil kontrol ayu. Eceh. Konon.
Ok lupakan kisah toilet yang tak habis-habis tu.
Sejak akhir-akhir ni, anak-anak saya suka sangat layan kartun ini.
Hampir setiap malam okeh diorang tengok cerita ni. Sampai naik hafal dah jalan ceritanya.
Yang peliknya, si anak dara ni takut bebenor dengan semut (dan serangga yang sewaktu dengannya). Kadang tu bila dia takmo pakai baju lepas mandi, cepat-cepat saya cakap,
Padahal takde pun. Ekekeke. Nanti cepat-cepat le Irma berlari ke arah saya. Pastu sibuk dok tanya,
Irma ni penggeli orangnya. Bila dia poo-poo, masa nak basuh bon-bon dia tu, kadang-kadang Irma akan muntah dek tak tahan dengan bau 'produk' sendiri.
Bila abang Imran main sampai poloh-poloh, lepas tu lalu sebelah Irma, Irma boleh terjeluek.
"Aban' busut!" --> silent G di situ. Ehehe.
Kalau dia ternampak getah rambut ada rambut bergumpal tersesatdek kerana rambut mamanya yang asyik gugur je, pun dia geli. Agaknya dia ingat tu semut kot. Ekekeke. Nampak sangat rambut saya banyak yang gugur. Sigh. Tetiba je mengeluh kan. Sungguh anti-klimaks. Haha.
"Eiii Irma!! Kat situ ada semut besar!!! Tu kat situ!!!"
Padahal takde pun. Ekekeke. Nanti cepat-cepat le Irma berlari ke arah saya. Pastu sibuk dok tanya,
"Mane? Mane?"
Irma ni penggeli orangnya. Bila dia poo-poo, masa nak basuh bon-bon dia tu, kadang-kadang Irma akan muntah dek tak tahan dengan bau 'produk' sendiri.
Bila abang Imran main sampai poloh-poloh, lepas tu lalu sebelah Irma, Irma boleh terjeluek.
"Aban' busut!" --> silent G di situ. Ehehe.
Kalau dia ternampak getah rambut ada rambut bergumpal tersesat
No comments:
Post a Comment